Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Saturday, January 9, 2010

Belum Ada Wanita Berani Mendekati Anang..


GOSIP hiburan Indonesia mengkhabarkan bahawa penyanyi Anang Hermansyah bakal menamatkan zaman dudanya pada 2010 ini.

Namun begitu Anang menafikan perkara tersebut, katanya sehingga saat ini, tiada lagi perempuan yang berani menjalinkan hubungan rapat dengannya.

"Kalau saya rapat sama seseorang wanita, mereka pasti akan disoal wartawan dan disebabkan takut akan hal itu, tiada seorang wanita yang berani rapat sama saya," ujarnya seperti dipetik dari detikhot.com.

Anang mengakui bahawa dia sebenarnya ingin segera untuk bernikah lagi. Kedua anaknya, Aurel dan Azriel turut mengizinkan dia mencari ibu baru buat mereka.

"Menjadi bapa tunggal sememangnya susah bagi saya. Jika saya dapat mencari pasangan hidup dalam masa terdekat ini mungkin lebih baik," ujarnya yang bakal menjadi juri Indonesian Idol musim ini.

Sejak menjadi duda, penyanyi lagu Separuh Jiwaku Pergi itu terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu. Hal-hal wanita kini kerap dilakukannya seperti menemani Aurel ke salon.

Selain itu, Anang juga sedang merapatkan hubungan dengan guru sekolah anak-anaknya yang dahulu tugas tersebut dilakukan bekas isterinya, Krisdayanti.

"Saya sedang cuba untuk mengenal pasti tahap pembelajaran mereka di sekolah. Saya akan mendorong dan menjaga mereka bagaimana untuk menjadi lebih baik," kata Anang.

No comments:

Post a Comment

Powered By