Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Friday, January 15, 2010

Elton John Takkan Ganti Tempat Simon Cowell Di 'American Idol'


WAKIL kepada penyanyi Sir Elton John telah membuat pengumuman mengesahkan penyanyi lagenda itu tidak akan menggantikan tempat Simon Cowell sebagai juri tetap American Idol (AI) untuk musim depan.

Terdahulu, Cowell, 50, yang telah bersama dengan program realiti itu sejak tahun 2002, mengumumkan pengundurannya daripada program tersebut menjelang berakhirnya musim ini pada bulan Mei nanti.

Ekoran pengunduran Cowell, pelbagai spekulasi timbul mengenai penggantinya dengan mengaitkan Elton John sebagai salah seorang calon yang bakal mengisi kekosongan itu pada musim depan.

Bagaimanapun, wakil kepada Elton John menegaskan semua khabar angin yang timbul adalah tidak berasas. Penyanyi itu tidak akan terlibat dengan program tersebut seperti yang digembar-gemburkan.

"Dia (John) tidak akan menjadi juri AI untuk musim depan," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil penyanyi berbangsa Inggeris itu kepada contactmusic.com, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Powered By