Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Wednesday, January 20, 2010

Jam tangan saiz besar

Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa.

BINGKAI jam tangan TW Steel kuning keemasan yang bertatahkan permata berkilau.

SEBUT sahaja jam tangan, sesetengah individu sudah membayangkan aksesori asas yang menjadi pelengkap gaya. Kehadiran jenama jam tangan mewah termasuk edisi terhad dan koleksi khas pereka fesyen tersohor, membuatkan jam tangan diiktiraf sebagai aksesori pengungkap personaliti dan sifat si pemakai.

Jam tangan didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Di pasaran jam tangan, antara jenama yang terkenal dengan kehebatannya ialah TW Steel. Ia merupakan singkatan kepada frasa The Watch in Steel.

JENAMA TW Steel cenderung memilih keluli tahan karat bagi menghasilkan jam tangan yang berkualiti dan terbaik.

Pada 2005, TW Steel yang berasal dari Belanda telah berjaya melancarkan empat model edisi terhad yang istimewa. Identiti tersebut terletak pada saiz muka jam tangan keluarannya.

Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa. Ia boleh dimiliki wanita dan lelaki.

JAM tangan rona hitam sesuai digayakan oleh jejaka yang aktif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TW Steel, Jordy Cobelens, koleksi jam tangan itu unik dan tersendiri dari segi karakter yang ditampilkan. Diperbuat daripada keluli tahan karat, jam tangan TW Steel menepati standard pembuatan jam tangan Switzerland selain menawarkan variasi tali jam seperti jenis kulit dan getah.

"Jam tangan bersaiz besar memang popular pada zaman sekarang dan ia mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh masa yang singkat," ujarnya sambil menjelaskan setakat ini TW Steel telah mengeluarkan hampir 130 model jam tangan.

Setiap model memiliki imej tersendiri. Antaranya, Canteen, Goliath, Grandeur, Diver, Tech, Icon, CEO Canteen dan CEO Tonneau. Memandangkan stail dan penggayaan jam tangan agak subjektif, bapa kepada Jordy, Ton Cobelens menerajui proses rekaan yang memenuhi cita rasa semasa. Tambahan pula, Ton sebelum ini pernah bekerja dengan jenama jam tangan terkemuka, Raymond Weil pada era 1980-an.

Melebarkan empayar

Tambah Jordy dalam tempoh tiga tahun diperkenalkan, TW Steel mula berkembang maju dan berjaya melebarkan empayar di Sepanyol dan negara Eropah lain.

Hari ini, TW Steel menikmati rangkaian pengedaran yang luas di utara dan selatan Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Malaysia.

HARGA jam tangan jenama TW Steel bermula RM815 hingga RM4,894.

"Jualan pada tahun 2007 juga meningkat sebanyak 300 peratus," katanya yang gembira dengan kemampuan TW Steel yang bertapak di lebih 35 buah negara.

Antara syarikat pengedar yang bekerjasama dan mempamerkan TW Steel ialah Harrods, Harvey Nichols, Christ, El Corte Ingles, Karstadt dan Selfridges. Di Malaysia, jenama itu boleh diperolehi di bawah pengedar LuxuryConcepts.

Sebut sahaja tentang harga, mungkin segelintir individu ternganga kerana harganya yang agak mahal. Namun, Jordy yakin bahawa mereka yang bergaji sederhana masih boleh menggunakannya.

"Berbanding jam tangan mewah yang lain, jam tangan TW Steel berharga dalam lingkungan harga 150 Euro hingga 900 Euro," jelasnya.

JENAMA TW Steel dari Belanda hanya mengeluarkan jam tangan bersaiz besar.

Ini bermaksud, anda boleh memperoleh sebuah jam tangan TW Steel yang asli bermula dari harga RM815 hingga RM4,894.

Berasaskan kepada falsafah bahawa TW Steel tidak mungkin akan menghasilkan jam tangan bersaiz kecil, yakinlah bahawa anda tidak akan hampa dengan pelaburan yang dilakukan.

Malah, penyanyi Lionel Ritchie dan Justin Timberlake pun turut terpesona dengan kehebatan dan saiznya yang berbeza dari

No comments:

Post a Comment

Powered By