Saturday, January 9, 2010
Memey Berharap Sejarah Tidak Berulang
Tujuan Memey hanya untuk berkongsi gambar-gambar peribadinya bersama beberapa teman rapat melalui Facebook. Tetapi entah bagaimana, foto-foto yang memperlihatkan kemesraannya bersama anak-anak Norman Hakim serta keluarga kekasihnya itu boleh sampai ke tangan yang tidak bertanggungjawab dan dieksploitasikan. Hinggakan dia dituduh mempergunakan budak-budak kecil itu.
“Saya sudah cukup dengan publisiti negatif sebegini. Sebolehnya, saya nak elak benda-benda ni. Saya tak sangka benda ini akan berlaku. Bila dah terjadi, saya terpaksa berdepan dengannya. Mulanya, saya memang tak mahu letak gambar-gambar itu di Facebook tapi Norman yang minta sebab katanya, bukannya ada apa-apa pun dalam gambar-gambar tersebut.
Mengapa mereka tidak melihat gambar-gambar itu dari perspektif yang positif? Lainlah kalau gambar-gambar itu teruk, memalukan. Tetapi gambar-gambar itu hanya menunjukkan kemesraan saya dan anak-anak, satu silaturrahim baik yang terjalin. Mengapa tidak memandang ke arah itu, sebaliknya nak mencari kesilapan?” luah Memey yang ditemui ketika majlis bersanding Serina Redzuawan dan Gavin Edward O'Luanaigh di The Royale Chulan semalam.
Merasakan apa yang berlaku sebagai angkara sesetengah pihak untuk menjatuhkannya, kata Memey lagi, “Orang kata saya paksa mereka cium saya. Budak-budak tak dapat dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tak mahu. Kalau mereka dah tak suka, memang tak suka. Orang yang bijak tak akan cakap macam itu.”
Perlu sedia hadapi jika Norman curang
Seperti biasa, bila ditanya mengapa tidak berkahwin saja dengan Norman dan menutup semua kata-kata orang, Memey memberitahu bukan lagi masanya. Fokusnya masih pada kerjaya. Ditambah pula, bukan mudah untuk mengalas tugas sebagai isteri.
Saya perlu betul-betul bersedia, perlu 100% yakin bahawa diri saya mampu untuk memikul tanggungjawab itu. Tapi saya tak tolak andai jodoh itu sudah sampai.”
Jika ditakdirkan jodoh Memey adalah dengan Norman, tidakkah Memey bimbang jika apa yang berlaku ke atas Abby Abadi berulang pada dirinya?
“Soal jodoh, saya hanya mampu harapkan yang terbaik. Saya berharap itu tidak berlaku tetapi semuanya berbalik kepada fitrah manusia. Lagipun soal jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Jika itu yang berlaku, ia lumrah hidup yang perlu saya bersedia untuk hadapi. Tapi saya harap dijauhkan itu semua.”
Labels:
KL wear gossip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment