Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, January 12, 2010

Rambut perak Jay Manuel ( American next top model)




MEREKA yang pernah menonton rancangan televisyen realiti American Next Top Model pasti mengenali Jay Manuel, 38, meskipun hanya melalui lontaran suaranya.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Mister Jay merupakan pengarah seni dan jurugambar fesyen yang disegani.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup mementingkan pendidikan, bapanya merupakan seorang warganegara Afrika Selatan yang bekerja sebagai pakar perubatan.

Bapanya berdarah kacukan Malaysia dan Belanda. Jay mendapat pendidikan tinggi di Dr. Norman Bethune Collegiate Institute, Toronto, Kanada. Kemudian dia melanjutkan pengajiannya di York University, United Kingdom.

Sebelum menceburi industri fesyen, beliau merupakan seorang pelajar perubatan.

Pada masa yang sama, Jay yang meminati dunia glamor sejak kecil enggan minatnya berkubur begitu saja.

Masa yang diperuntukkan digunakan sepenuhnya untuk mempelajari dunia opera. Ketika itu dia merupakan pekerja di Metropolitan Opera.


JAY (kanan) bersama Tyra Banks (tengah) dan juara American Next Top Model, Jaslene Gonzalez pada musim kelapan.

Manuel mengakui ketika di bangku sekolah lagi dia sudah menaruh minat dalam dunia fesyen. Disebabkan minat yang terlalu mendalam, bilik tidurnya dipenuhi dengan pelbagai iklan majalah fesyen.

Malah dia juga tidak akan terlepas mengikuti rancangan kegemaran iaitu FashionTelevision yang disiarkan setiap Sabtu. Akhirnya, Jay berjaya membuktikan bahawa cita-citanya itu mampu memberi perubahan dan impak besar kepada dunia fesyen.

Ini kerana dengan kepakaran yang dimilikinya itu dia menjadi pilihan selebriti terkenal antarabangsa dengan sentuhannya.

Setakat ini, nama besar dalam dunia glamor yang sering Jay riaskan ialah Tyra Banks, Alicia Silverstone, Jennifer Lopez, Rebecca Romijn-Stamos, Mya, Kim Cattrall, Naomi Campbell, Iman, Vanessa L. Williams, Jada Pinkett Smith, Pink dan Emily Watson.

Selain menyumbangkan kepakarannya dalam mencantikkan personaliti popular, Jay merupakan seorang yang tidak ketinggalan mementingkan penampilan diri.

Karpet merah

Bergelumang dalam dunia glamor, gayanya sering mendapat perhatian umum. Apatah lagi, Jay gemar dengan gaya yang tersendiri.

Kejutannya dilakukan oleh Jay pada Anugerah Media di Marriott Marquis, New York, Mac tahun lalu mendapat pujian.

RAMBUT perak melambangkan keperibadian Jay Manuel.

Dengan langkah yang penuh yakin di karpet merah, Jay memberanikan diri memilih warna perak untuk fesyen rambutnya.

Ilham untuk menggayakan warna itu mula tercetus apabila Jay menyahut cabaran rakan baiknya iaitu model terkemuka Tyra Banks.

Menyingkap kembali episod itu Jay memberitahu, idea tersebut timbul ketika rakaman siri pertama American Next Top Model apabila dia melihat seorang lelaki berambut putih.

Jay benar-benar menyukai warna rambut lelaki itu, lalu dia berjanji akan melakukan warna yang sama ke atas dirinya. Seminggu selepas itu, Jay melaksanakan apa yang diinginkannya itu dengan sedikit kelainan.

"Saya tidak mewarnakan rambut putih sepenuhnya tetapi sebenarnya warna perak. Lebih gembira saya terserempak dengan Banks di Los Angeles, kemudian dia mengatakan fesyen rambut beginilah lambang diri saya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Powered By