Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Monday, January 18, 2010


Lady Gaga sepatutnya membuat persembahan di Purdue University di Indiana, tetapi telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selepas dirinya pengsan


LADY Gaga terpaksa membatalkan persembahannya beberapa minit sebelum dia sepatutnya muncul di pentas setelah pengsan di bilik persalinan.

Penyanyi itu sepatutnya membuat persembahan di Purdue University di Indiana, tetapi telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selepas dirinya pengsan.

"Saya menangis berjam-jam kerana saya rasa sudah menghampakan peminat. Sebelum persembahan bermula, saya rasa pening dan sukar bernafas. Sukar untuk saya gambarkan perasaan bersalah saya.

"Saya boleh dengar sorakan peminat dari dalam bilik persalinan dan saya merayu untuk 'dilepaskan' ke pentas. Tetapi doktor tidak benarkan, risau terjadi apa-apa.

"Saya pernah membuat persembahan ketika selsema, demam dan sakit tekat. Saya memang tidak suka membatalkan persembahan hanya kerana saya tidak selesa," kata Gaga.

No comments:

Post a Comment

Powered By