Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Saturday, January 9, 2010

Siti Target 2010 Nak Timang Anak



Kerjaya seni Dato’ Siti Nurhaliza untuk 2010 bermula seawal 1 Januari lalu dengan persembahan menyambut Tahun Baru di Esplanade, Singapura. Konsert ‘Bagaikan Sakti’ menggandingkan Siti dan M.Nasir, seorang ikon dalam dunia seni tanah air.

“Untuk 2010, Siti berdoa agar dimurahkan rezeki, sama ada dalam kerjaya seni mahupun zuriat. Setiap tahun saya berdoa untuk mendapatkan zuriat tetapi saya mengambil pendekatan ‘take it easy’, tak nak ‘stress’-kan diri. Ada orang ambil cuti beberapa bulan untuk persiapan dapatkan anak tetapi Siti lebih suka membuat kerja seperti biasa, di samping terus berusaha untuk dapatkan anak.”

Tika ditanya tidakkah dia terasa kekurangan dalam kehidupan rumahtangganya, Siti pantas menjawab, “Tidaklah, sebab suami pun ada anak dan kami dikelilingi oleh anak-anak saudara dan ibu mertua juga tinggal bersama, jadi tidaklah terasa sunyi.”

Sepanjang 2009, rezeki Siti dalam kerjaya seninya amat murah. Selain berjaya merangkul beberapa anugerah seperti di Anugerah Planet Muzik (Artis Malaysia dan Artis Serantau Paling Popular), konsert-konsertnya juga dilangsungkan dengan jayanya. Namun, pencapaiannya sepanjang tahun lalu dibayangi pemergian ayahanda tersayang pada Februari 2009.

Berbalik pada kerjaya, Siti memberitahu pernah berhasrat untuk mengurangkan aktiviti seni selepas berkahwin, tetapi “bila rezeki itu ada, Siti fikir Siti perlu membuat satu persembahan untuk diri Siti kerana sebagai penyanyi, kita perlukan satu persembahan besar untuk mencabar diri sendiri. Untuk 2010, Siti ada beberapa perancangan dan Siti berdoa agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.”


Dato' Siti NurhalizaDato' Siti Nurhaliza


Selain konsert Tahun Baru, pada bulan depan, Siti Nurhaliza Productions akan mengadakan konsert Faizal Tahir dan Aizat di Istana Budaya. Satu lagi konsert dalam perancangan adalah konsert ulangtahun Siti bagi meraikan 15 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

Tentang album duetnya bersama Kris Dayanti iaitu ‘CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka’, album tersebut telah pun berada di pasaran sejak 28 Disember lalu, manakala ia akan dilancarkan di Indonesia pada pertengahan Januari ini.

“Siti rasa seronok sebab ia satu album yang tiada lagu solo dan kami berdua menyanyi sampai habis. Album ini memuatkan enam lagu dan empat minus one. Lagu yang sedang dimainkan di corong radio sekarang ialah lagu Audi Mok iaitu “Amarah”.”

Tambah Siti, “Album ini berbeza dengan apa yang pernah Siti nyanyikan secara solo. Memang untuk album ini Audi Mok menampilkan muzik yang berbeza, terutamanya lagu “Amarah” dan “Dalam Diamku”. Komposer Malaysia dan Indonesia yang turut terlibat dalam penghasilan album ini termasuklah Aubrey Suwito, Sharon Paul serta Charly (vokalis ST12).”
Dato' Siti NurhalizaDato' Siti Nurhaliza


Menyentuh tentang lagu “Amarah” yang mana lirik ditulis oleh Siti sendiri, terdapat cerita lucu disebaliknya. Kongsi Siti, suaminya pada mulanya merasakan lagu itu ditujukan dan merujuk kepada dirinya, seolah-olah Siti marah kepadanya tetapi jelas Siti, lirik yang ditulis itu tiada kaitan dengan diri sendiri.

“Apabila menulis lirik, kita kena fikirkan sesuatu yang diluar kehidupan kita. Siti juga melihat apa yang dialami oleh Kris Dayanti dan wanita-wanita lain yang ada masalah sebagai panduan untuk menulis lirik lagu ini.”

Selain album, dedah Siti, ada juga perancangan untuk membuat konsert bersama Kris Dayanti.

“Sama ada kita adakan ‘road tour’ atau konsert di Malaysia dan Indonesia. Ini adalah perancangan biasa Siti apabila Siti keluarkan album.”

Apabila ditanya tentang jarak pengeluaran yang terlalu dekat antara album ‘CTKD’ dan ‘Tahajjud Cinta’ yang mungkin menjejaskan penjualan, Siti menjelaskan kedua-dua album menampilkan konsep yang berbeza.


“‘Tahajjud Cinta’ lebih kepada kerohanian, sebagai satu tanggungjawab kepada peminat Siti dan pada masa yang sama, mereka dapat belajar dari lagu seperti “Asma al Usna” sedangkan album ‘CTKD’ berentak pop.”

Mengenai produk kecantikan yang diusahakan, jawab Siti, “InsyaAllah, akan menjadi kenyataan. Tunggulah dulu.

No comments:

Post a Comment

Powered By