Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, January 19, 2010

'Avatar' Masih Ungguli Carta Pertama Filem 'Box Office'


PARA penggemar filem di Amerika Syarikat seperti masih tergila-gilakan filem karya pengarah James Cameron, Avatar. Buktinya, Filem Terbaik Golden Globe Awards 2010 itu masih berada tersenarai sebagai filem box office.

Avatar juga telah menyamai prestasi filem The Sixth Sense lakonan Bruce Willis pada 1999. Filem tersebut telah menduduki kedudukan pertama box office selama lima minggu berturut-turut.

Minggu ini, Avatar pun meraih pendapatan sebesar US$ 41.3 juta di Amerika Syarikat. Jumlah filem itu sudah mengumpulkan US$ 491.7 juta sejak ditayangkan pada 16 Disember 2009 lalu.

Tempat kedua jatuh kepada filem The Book of Eli yang telah mencecah US$ 31.6. Filem yang diarahkan oleh Hughes bersaudara itu dibintangi aktor Denzel Washington dan Gary Oldman.

Sementara The Lovely Bones berada di tempat ketiga dengan kutipan US$ 17 juta. Dengan kutipan US$ 11.5, Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel mendapat tempat keempat.

No comments:

Post a Comment

Powered By