Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Saturday, January 9, 2010

Paris Hilton ready to get married?? kapushh~~


MENJALIN kasih selama setahun bersama Doug Reinhardt ternyata membuat Paris Hilton mengecapi bahagia. Malahan kini Paris menyatakan kesediaannya untuk berkahwin pada tahun 2010 ini.

"Kami telah bersama selama setahun dan tidak pernah berpisah walau semalam pun. Dia benar-benar menjadi sahabat terbaik saya. Dia membuat saya seperti puteri raja setiap hari," katanya seperti dipetik dari Splash News.

"Kami mungkin sahaja bernikah pada tahun 2010 ini dan melihat bagaimana indahnya semua yang terjadi antara kami, saya yakin masa depan kami akan bahagia," ujar Paris dengan yakin.

Paris menjalinkan hubungan cinta bersama Doug pada bulan Februari 2009 namun putus pada Jun tahun yang sama dan dua bulan kemudian pasangan ini kembali bersama semula.

Sebelum ini juga, Paris pernah membuat kenyataan bahawa Doug Reinhardt adalah lelaki yang bakal menjadi suaminya.

chit..xsangka pulak si paris nie nak berkahwin..mampu kah mahligai dia bertahan sampai akhir hayat? haha sama2 lah kita tunggu dan lihat ...kapushhh~~

No comments:

Post a Comment

Powered By