Wednesday, February 10, 2010
Tips Pakai Legging
Sekarang ini memang ramai yang mengenakan ‘legging’. Seluar yang melekat di kaki ini sudah menjadi ‘hot item’ yang mesti dimiliki oleh mana-mana wanita. Selain daripada boleh digayakan dalam pelbagai cara, pemakaian ‘legging’ juga membuatkan pemakai rasa selesa.
Di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis ‘legging’ yang boleh dipilih. Fabrik, corak dan warna memainkan peranan penting dalam menentukan gaya seseorang. Warna yang paling selamat sudah tentulah hitam kerana ia boleh dikenakan dengan sebarang warna baju. Tetapi, jangan membataskan pilihan yang ada. Ketahui tips memilih ‘legging’ yang sesuai untuk tubuh anda.
1. Jika memakai ‘legging’ warna cerah, pastikan anda mengenakannya dengan baju yang berwarna gelap. Begitu juga sebaliknya.
2. Kalau memakai ‘legging’ yang mempunyai motif, jangan padankannya dengan baju yang bercorak. Sebaliknya pilih yang polos.
3. Penting untuk mereka yang memiliki paha berisi atau agak besar, pilih ‘legging’ dengan warna gelap.
4. Pastikan juga baju yang dikenakan labuh menutupi pinggul. Gaun mini dan kemeja longgar antara pilihan terbaik. Jangan pakai baju yang terlalu ketat kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan seperti ingin pergi bersenam. Jika masih ingin mengenakan baju ketat, sebaiknya padankan dengan skirt mini atau hot pants supaya penampilan nampak kasual dan bergaya.
5. Kenakan ‘legging’ yang betul-betul padan dengan saiz kaki anda. Bukan yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Pasti anda tidak mahu ‘legging’ yang dipakai nanti tiba-tiba koyak ketika sedang melangkah bukan? Kalau terlalu longgar pula, ‘legging’ akan menjadi berkedut-kedut dan ini mencacatkan penampilan.
6. Jika ingin tampil dengan gaya bohemian atau kasual, kenakan kasut mendatar (flat shoes) atau wedges. Namun jika ingin tampil glamor, anda boleh padankan ‘legging’ dengan kasut bertumit tinggi.
Labels:
KL wear artis,
KL wear fesyen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment