Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Sunday, February 14, 2010

Kate Winslet Kembali Muncul Di TV


KATE Winslet akan kembali di televisyen apabila dia bersetuju untuk muncul dalam sebuah karya James M. Cain berjudul Mildred Pierce.

Bintang filem Titanic itu memulakan karier lakonannya menerusi British TV pada tahun 1990 sebelum terjun ke filem Hollwood.

Sekarang, dia kembali ke skrin kecil dengan melakonkan watak ibu tunggal yang hebat semasa era kejatuhan Los Angeles dalam siri Mildred Pierce.

Penerbit filem The Sopranos, Ilene Landress akan menerbitkan siri itu untuk disiarkan di U.S. network HBO manakala Todd Haynes dan Jon Raymond bertindak selaku penulis skrip.

Joan Crawford pernah membintangi filem yang pernah diadaptasi daripada karya Mildred Pierce pada 1945 dan memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Academy.

Penggambaran siri itu dijangka bermula pada 10 April depan di New York.

No comments:

Post a Comment

Powered By