Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Wednesday, February 10, 2010

Kereta Drew Barrymore Dirempuh Paparazi


KERETA bintang filem dan produser popular Hollywood, Drew Barrymore dilaporkan telah dirempuh oleh kereta milik seorang paparazi di sebatang jalan di Los Angeles, Isnin lalu.

Menurut laporan di laman web imdb.com, kereta paparazi itu telah merempuh bahagian belakang kereta Barrymore ketika berhenti di lampu isyarat.

Insiden itu berlaku sejurus selepas Barrymore meninggalkan salun rambut di Beverly Hills.

Dia yang terkejut kerana dirempuh dari belakang lantas melompat keluar dari kereta tidak berbumbungnya dan menjerit ke arah jurugambar yang tidak dikenali itu.

Bagaimanapun, 'kemalangan kecil' itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada Barrymore.

No comments:

Post a Comment

Powered By