Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, February 16, 2010

Leonardo DiCaprio, Refaeli 'Tidak Bertunang'


NAMPAKNYA, khabar angin yang mengatakan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio melamar kekasihnya Bar Refaeli, 24, pada Hari Kekasih, baru-baru ini, adalah tidak benar.

Terdahulu, laporan media di Jerman mengatakan bahawa aktor Titanic itu telah melamar kekasihnya yang juga seorang model pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, sumber terdekat dengan aktor berusia 35 tahun itu manyangkal laporan tersebut, sekaligus menegaskan berita itu sebagai tidak berasas.

Pasangan itu kini dilaporkan berada di Festival Filem Antarabangsa Berlin, Jerman bersempena dengan promosi filem terbaru Dicaprio, Shutter Island.

Laporan mengenai lamaran DiCaprio terhadap kekasihnya itu mula timbul selepas Refaeli dilihat mempamerkan sebentuk cincin emas di jarinya di Cinema For Peace Gala, Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment

Powered By