Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Saturday, February 13, 2010

Robert Pattinson-Kristen Stewart Terpaksa Lupakan Hari Kekasih


PASANGAN sejoli Robert Pattinson dan Kristen Stewart terpaksa melupakan sambutan Hari Kekasih pada tahun ini.

Ini kerana Kristen sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, The Runaways manakala Robert baru sahaja memulakan penggambaran filemnya Bel Ami di London dan Budapest.

“Rob dan Kristen mahu sangat meraikan Hari Kekasih bersama-sama. Rob beritahu, dia sudah mempunyai rancangan untuk Kristen,” ujar seorang sumber kepada Showbiz Spy semalam.

Rob bimbang dengan kegagalan perancangannya kerana sibuk dengan hal masing-masing.

“Dia berdoa semuanya boleh selesai sebelum Hari Kekasih,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, kedua-dua selebriti muda yang telah jatuh cinta di lokasi filem Twilight, diminta oleh orang yang rapat dengan mereka untuk tidak melulu bercinta. Kedua-duanya diharapkan lebih mementingkan karier mereka. ”Rob dan Kristen seperti ditampar selepas mendengar nasihat ini,” tutur kenalan rapat Rob kepada E! News.

Nasib baiklah pasangan muda itu mahu mendengar nasihat itu.

“Mereka menerimanya dengan baik dan akan fokus kepada karier masing-masing,” ucap kenalan rapat Robert lagi.

No comments:

Post a Comment

Powered By