Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Monday, February 15, 2010

Katy Perry: Pssttt~


TUBUH penyanyi Katy Perry mungkin menjadi impian ramai wanita. Katy mengaku selesa dengan kesibukan dan bentuk badannya yang saling berkait antara satu sama lain.

“Saya tak merasa tertekan…seperti kamu tahu, tubuh saya mengghairahkan dan saya selalu seperti itu,” ujar Katy kepada Contactmusic semalam.

Jadual kerja Katy yang padat menggantikan aktiviti olahraganya. Hal itu membuatkan bentuk tubuh tunang aktor Russell Brand itu kekal cantik.

Sementara untuk urusan makanan, kakak Katy yang selalu menasihatinya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

“Dia akan memarahi saya jika krew di studio makan pizza dan saya juga mahukannya,” jelas Katy.

Tapi kadangkala ada juga Katy mencuri makan makanan berlemak daripada pengetahuan kakaknya. Namun dia tidak memakannya dalam kuantiti yang banyak.

No comments:

Post a Comment

Powered By