Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Sunday, February 14, 2010

Catherine Zeta-Jones Dikecam Pencinta Haiwan


LAMA tidak mendengar cerita aktres Catherine Zeta-Jones, kini dia dikhabarkan sedang sibuk dengan teater. Namun gara-gara aksinya dalam teater itu, bintang filem Zoro itu diprotes oleh para pencinta haiwan.

Mana tidaknya, semasa pementasan teater A Little Night Music itu Catherine dilihat mengenakan busana yang diperbuat daripada kulit haiwan.

Pertubuhan People of the Ethical Treatment of Animal (PETA) mendakwa Catherine sebagai aktres dengan busana terburuk.

”Dengan seluar yang menakutkan dari kulit sapi, baju labuh dari kulit musang yang buruk dan beg dari kulit biawak, Catherine Zeta-Jones dilihat seperti berusaha keras untuk menghayati karakternya sebagai pembunuh bersiri,” ujar ketua PETA kepada Contractmusic semalam.

Sementara itu bukan Catherine sahaja yang mendapat kecaman dari PETA, aktres dan penyanyi Jennifer Lopez juga dsenaraikan antara artis yang mengenakan pakaian terburuk oleh PETA kerana penampilannya. Nama Aretha Franklin, Rihanna, Jessica Simpson dan Kate Hudson juga turut disenaraikan.

No comments:

Post a Comment

Powered By