Saturday, February 27, 2010
Angelina Jolie di serang peminat
AKTRES Angelina Jolie membuat ribuan orang di Paris, Perancis berhenti sejenak sewaktu berjalan. Dia menjadi tontonan ribuan orang ketika berlakon filem terbarunya, The Tourist.
Jolie menjalani penggambaran di Paris sejak beberapa hari lalu. Pada Khamis lalu, penggambaran dilakukan di salah sebuah pusat perniagaan Paris.
Penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Johny Depp itu dilakukan dekat stesen kereta Gare de Lyon. Ribuan orang yang keluar masuk stesen itu berhenti sejenak demi melihat Jolie.
Mereka berusaha mengabadikan gambar Jolie menerusi telefon bimbit masing-masing. Bekas kekasih Brad Pitt itu sempat menyapa para peminatnya di situ.
”Bonjour,” ujar aktres berusia 34 tahun itu dalam bahasa Perancis sambil tersenyum. Penggambaran di pusat membeli-belah itu hanya dilakukan selama 90 minit sebelum lokasi penggambaran berpindah ke sebuah apartmen. Di sana, Jolie makan tengah hari bersama dua puteranya, Maddox dan Pax.
Mereka yang menonton penggambaran di situ sangat tertarik kepada Jolie kerana aktres berbibir seksi itu sangat ramah.
”Dia baik sekali dan sangat bersabar kepada semua orang. Dia juga sangat cantik,” ujar seorang pelayan restoran kepada People semalam.
Labels:
KL wear artis,
KL wear gossip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment