Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Wednesday, February 3, 2010

Jika Saya Masih Hidup, Saya Akan Berlakon Indiana Jones 5 - Harrison Ford


BINTANG lagenda Hollywood, Harrison Ford berkata dia tidak kisah untuk membintangi filem Indiana Jones 5 jika skrip filem itu siap mengikut perancangan dan umurnya masih ada.

Menurut laporan di laman sesawang femalefirst.co.uk, aktor berusia 67 tahun yang sinonim dengan watak arkeologi yang tegar dalam empat bahagian filem itu sebelum ini, mengakui tidak kisah untuk menyandang tanggungjawab itu untuk kali kelima sekiranya skrip filem itu siap dalam masa terdekat.

"Jika kita mendapat skrip yang bersesuaian dan dapat menyiapkannya kurang daripada 18 bulan, sudah tentu saya akan terima watak itu andainya saya masih hidup," katanya.

Terdahulu, Ford pernah bekerja di bawah arahan pengarah George Lucas dan Steven Spielberg dalam empat filem sebelum ini.

Walaupun Ford cukup dikenali dengan watak-watak aksi dan sains fiksyen, dia bagaimanapun terbuka untuk memainkan pelbagai watak termasuklah watak wanita.

No comments:

Post a Comment

Powered By