Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Sunday, February 14, 2010

Lady Gaga Mahu Peminat Meniru Fesyennya


PENYANYI Lady Gaga selalu sahaja bergaya pelik dan luar biasa. Kini penyanyi yang sedang hits dengan lagu Poker Face itu mahu gayanya ditiru oleh para peminatnya.

“Saya rasa penting untuk berbuat baik dengan peminat dan saya mahu mereka meniru apapun yang saya pakai,” ujar Lady kepada Contactmusic semalam.

Perempuan berusia 23 tahun itu berkata peminatnya tidak perlu mengeluarkan banyak duit untuk menjadi seorang Lady Gaga. Dia yakin peminatnya boleh meniru gayanya dengan kreatif.

“Saya tak akan menggayakan sesuatu yang mereka tidak boleh dapat dan membelinya,” tuturnya.

Menyentuh tentang penampilan uniknya itu, Lady mengaku ia bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Menurutnya lagi, dia lakukan itu semua bukan disebabkan wang, status sosial atau keturunan.

Yang penting dia selesa dengan penampilan itu dan boleh memberikan inspirasi kepada semua orang.

No comments:

Post a Comment

Powered By