Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Saturday, February 13, 2010

Lady Gaga Mutiara Girl



BUKAN Lady Gaga namanya jika berpakaian normal. Terbaru dalam sebuah majlis amal, Lady telah memakai baju berwarna putih disaluti dengan ratusan mutiara.

Lady datang ke acara amfAR di New York bagi memberi sokongan kepada kutipan dana bagi penderita HIV/AIDS. Ia mengayakan topi, bikini, jaket dan high platform boot yang semuanya berwarna putih mutiara.

Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Poker Face itu membaluti tubuhnya dengan ratusan mutiara. Taburan mutiara di seluruh wajah, perut dan kaki Lady. Dia juga mengenakan lipstik pink MAC versinya sendiri.

Seperti dipetik NYdailynews, dalam acara tersebut Lady membawakan lagu barunya, Future Love tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Selain kutipan amal bagi penderita HIV/AIDS, acara tersebut juga ditujukan kepada pelakon Natasha Richardson yang meninggal kerana kemalangan. Natasha juga merupakan salah seorang aktivis HIV/AIDS.

No comments:

Post a Comment

Powered By