Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Friday, February 19, 2010

James Cameron Tulis Novel Baru Untuk Sambungan Filem 'Avatar'


SELEPAS memukau jutaan penonton dengan 'Avatar', pengarah James Cameron akan membuat sambungan filem ini dengan menulis sebuah novel baru terlebih dulu. Perkara ini didedahkan oleh pengarah Jon Landau.

Jon Landau memberitahu MTV News yang novel itu akan menjadi sambungan Avatar.

"Ia bukan sekadar novel saja tapi ada perbezaan ketara. Jim ingin menulis sebuah novel sehebat satu epik yang akan menceritakan banyak perkara," kata Jon kepada The New York Daily News.

Kata Jon lagi, "Semua penceritaan ini akan dimuatkan dalam filem baru. Kesemua akan diceritakan secara terperinci seperti bagaimana karektor Sigourney mengajar di sekolah; keadaan Jake Sully di dunia dan kisahnya sebelum dia menjadi lumpuh, kematian abang Jack Sully, Tommy dan kisah Colonel Quaritch".

Novel ini akan sekali gus menunjukkan kebolehan Cameron sebagai seorang penulis novel pula.

Novel itu dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Powered By