Tuesday, February 2, 2010
Ibu Bapa Beyonce Sah Bercerai
Penceraian Tina dan Matthew Knowles memusnahkan mahligai rumah tangga yang mereka bina selama 29 tahun. -Foto KL wear
SAH! Ibu kepada bintang R&B sensasi, Beyonce, Tina Knowles bercerai dengan suaminya, Matthew Knowles menerusi satu kenyataan yang disiarkan.
Menurut pasangan Tina dan Matthew, keputusan penceraian mereka dilakukan dengan persetujuan kedua belah pihak dan secara aman dan rasional.
"Keputusan untuk bercerai ini dilakukan secara aman dan persetujuan bersama.
"Hubungan kami masih baik seperti dulu dan kekal menjadi sahabat dan rakan bisnes.
"Jika ada pihak yang menjangkakan kami akan bercakaran atau bermasam muka dengan penceraian ini, ternyata mereka silap besar.
"Kami memohon kepada semua pihak agar menghormati hak privasi kami dalam menangani urusan penceraian ini," demikian menurut kenyataan ibu bapa Beyonce.
Tina dilaporkan telah memfailkan penceraian di Texas pada pertengahan bulan Disember lalu dan sekaligus menamatkan mahligai rumah tangga yang mereka bina selama 29 tahun.
Penceraian tersebut difailkan susulan daripada saman yang difailkan oleh seorang wanita bernama Alexsandra Wright terhadap Matthew Knowles yang mendakwa Matthew sebagai bapa kepada salah seorang anaknya yang baru dilahirkan.
Tina Knowles adalah pereka fesyen dan salah seorang pemilik jenama fesyen, House of Dereon.
Labels:
KL wear artis,
KL wear gossip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment