Saturday, February 27, 2010
Lily Allen-Courtney Love Berperang Mulut
Lily Allen.
DUA penyanyi, Lily Allen dan Courtney Love dikhabarkan terlibat dengan perang mulut di London sehingga akhirnya Lily menitiskan air mata.
Courtney Love.
Permusuhan antara Lily dan Courtney sebenarnya bermula sejak keduanya menghadiri Brit Awards. Selepas menghadiri majlis itu, Courtney menyerang Lily melalui akaun Twitternya.
Bekas isteri Kurt Cobain itu menulis bahawa Lily membuat artis-artis lain tidak boleh memakai baju jenama Chanel. Khabarnya, penyanyi lagu Smile itu memang menjadi duta Chanel.
Pertengkaran antara Lily dan Courtney berlanjutan sehingga keduanya menghadiri Nme Awards di London pada 24 Februari lalu. Seorang sumber daripada Nme.com mengaku melihat Lily menangis setelah bertengkar dengan Courtney.
”Pertengkaran mereka berubah menjadi besar,” kata sumber itu kepada Female First pada Jumaat lalu.
Persaingan sengit mereka berlaku sehingga kedua-duanya harus dipisahkan. Ketika bertengkar, Courtney memanggil Lily ‘gadis kecil’. Manakala Lily membalasnya dalam nada kecewa, “Kenapa kau menyebutku begitu.”
Akhirnya Courtney menghebahkan tentang aksi pergaduhannya dengan Lily di akaun Twitternya pada 25 Februari lalu dan memberitahu dia benar-benar kesal dengan penyanyi muda berasal dari Inggeris itu.
Labels:
KL wear artis,
KL wear gossip,
KL wear jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment