Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Thursday, February 11, 2010

Jennifer Garner Tidak Mahu Kelihatan Seperti Model




AKTRES Jennifer Garner mengaku tidak suka menjadi model penghias majalah kerana dia benci mempergayakan pakaian seperti seorang model.

Selebriti berusia 37 tahun ini bekerja keras di gym untuk kariernya tetapi setelah berkahwin dengan suaminya, Ben Affleck dan mempunyai dua orang anak, badannya tidak selangsing dulu lagi dan dia tidak ingin menayangnya di khalayak ramai.

"Ketika saya mula bekerja menjadi model, ramai pelakon menjadi model," kata Garner kepada the Daily Express.

Tambahnya lagi, "tapi tiba-tiba saya dapati ia menjadi satu trend pula bila wajah selebriti menjadi penghias majalah dan mendapat bayaran.

"Dan kini ramai mengharap semua selebriti perlu dilihat sebagai model dan saya tak mahu menjadi seperti model," kata Garner.

No comments:

Post a Comment

Powered By