Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Sunday, January 31, 2010

Wajib Buat Ketika Bercinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Sifat Aneh Wanita


Memang diakui sikap dan tingkah laku golongan wanita adakalanya sukar untuk dimengertikan. Kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, golongan lelaki biasanya tidak ambil kisah dengan sikap pasangan mereka itu.

Di sini, disenaraikan beberapa sikap aneh golongan wanita. Mungkin kaum lelaki akan lebih mengenali pasangan mereka selepas membacanya.

1. Setiap gadis sukakan pujian. Apatah lagi pujian daripada lelaki yang mereka sukai. Namun yang peliknya, mereka selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian. Kadang-kadang nak ucapkan terima kasih pun sukar untuk mereka.

2. Bila lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, kesemua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

3. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan, jadi buat golongan lelaki, jangan senyum sembarangan. Takut disalahertikan.

4. Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usaha untuk memikatnya. Ini kerana perempuan memang suka 'jual mahal' kepada lelaki yang meminatinya.

5. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Lebih baik tanya kepadanya sendiri kerana wanita memang sangat sukar untuk dimengerti.

6. Perkara pertama yang dicari wanita bila teman lelaki menunjukkan gambar-gambarnya bersama rakan-rakan, ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri


Le Van sedang memeluk mayat isterinya.

TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.

Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Peragaan Fesyen Bertukar Dari Pentas Ke Dalam Air



Jason Dundas dan personaliti televisyen Jaynie Seal memperagakan fesyen di pertunjukan fesyen bawah air baru-baru ini.

LUPAKAN pentas peragaan dan permaidani merah. Trend kini memperlihatkan model-model menguak untuk memperagakan fesyen di dalam air.

Ini dapat dilihat dalam satu pertunjukan fesyen di pusat akuatik Circular Quay, Sydney, Australia baru-baru ini.

Antara bintang terkemuka yang terlibat ialah Jason Dundas dan Kristian Schmid, model Jamie Wright and pelatih Biggest Loser.

Menariknya, mereka berbuat demikian tanpa alat-alat menyelam dan topeng.

Mereka hanya bersandarkan pada kemahiran berenang untuk menayangkan keindahan fabrik dan keunikan reka cipta pakaian masing-masing.

Model-model berkenaan berpakaian kot, bertali leher malah bergaun.

Mereka tidak perlu menyikat rambut, berkasut dan bersolek. Ini kerana rambut akhirnya kusut-masai dan kesan gincu hilang di air.

Ada kalanya model bergaun tampak persis ikan duyung bermain di dalam air.

Nampaknya dunia fesyen bukan sahaja di darat bahkan di air.

Barangkali pereka cipta fesyen tersebut ingin menyampaikan mesej bahawa hasil ciptaan mereka sesuai untuk semua cuaca.

Jantung Mayat Masih Berdegup di Rumah Mayat


Gambar Zhang semasa dibawa dari Rumah Mayat. -Foto ihsan www.weirdasianews.com

SAUDARA-MARA seorang buruh binaan yang telah disahkan meninggal dunia, Zhang Houming, 46, terkejut apabila mendapati jantung si mati masih berdegup semasa berada di rumah mayat.

Pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Neijiang, China yang bertanggungjawab telah dimarahi dengan teruk kerana kesalahan serius ini.

Mangsa diisytiharkan telah meninggal dunia untuk kali pertama selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas semasa pulang dari kerja.

Anaknya, Haibo pulang bersamanya kerana mereka berdua bekerja di tempat yang sama. Semasa kejadian, beliau pengsan akibat impak kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, ambulans dilaporkan tiba lambat di tempat kejadian dan pemandunya memberi alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca kelewatan.

Tetapi menurut rakan sekerja mereka, You, yang tinggal berhampiran dan bekerja di tempat kerja di tengah-tengah bandar itu, perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada sejam.

“Saya tidak boleh percaya yang pemandu ambulans tersebut memandu lebih lambat daripada motosikal saya,” jelas You.

Sementara itu, seorang doktor yang memeriksa Zhang menulis dalam laporannya beliau telah menghembuskan nafas akhir.

“Beliau telah berhenti bernafas serta jantungnya telah berhenti berdegup semasa saya merawat Zhang,” tambahnya.

Selepas itu, beberapa orang pembantu perubatan memasukan Zhang ke dalam bag mayat berisi ais manakala anaknya pula dibawa ke hospital dengan ambulans.

Apabila ambulans itu tiba di hospital, saudara-mara Zhang dimaklumkan mengenai berita itu dan yang mayat Zhang ditempatkan di rumah mayat.

Mereka bergegas ke sana dan salah seorang daripada saudara lelaki Zhang dibawa ke dalam untuk mengenal pasti mangsa.

Saudara Zhang menepatkan telinganya ke atas dada dan terkejut apabila jantungnya masih berdegup.

Keluarganya menelefon talian kecemasan dan sebuah lagi ambulans tiba untuk membawa Zhang ke hospital. Para doktor mendapati jantung Zhang berdegup sebanyak 74 kali seminit dan bernafas 18 kali seminit.

Walaupun mereka telah cuba sedaya upaya selama sejam, Zhang gagal diselamatkan.

Pihak hospital akur dengan kecuaian kakitangannya namun Timbalan Pengarah Biro Kesihatan bandar tersebut, Luo Renfu masih mempertahankan tindakan doktor itu.

“Mangsa mungkin mengalami kejutan dan jantungnya mungkin mula berdegup kembali kerana hentakan van mini yang membawanya ke hospital,” katanya.

Keluarga Zhang meminta hospital itu membayar 1.5 juta yuan sebagai pampasan, namun pihak hospital hanya bersetuju untuk memberi 200,000 yuan sebagai ganti rugi.

Paris Hilton Perkenalkan 'Fragrance' Ala Marilyn Monroe


PARIS Hilton baru-baru ini memakai baju ala Marilyn Monroe untuk memperkenalkan haruman kesepuluh dan terbarunya, yang dinamakan 'Fragrance'.

Bintang sosialit berusia 28 tahun itu meniru sehabis-habisnya cara rambut Monroe, alis matanya dan segala make up bintang ternama yang mati secara tragis itu.

Paris juga merakamkan semua aksinya berpakaian seperti Monroe dan memuat turun foto-foto ini di laman Twitternya.

'Fragrance' hanya satu dari banyak haruman yang menggunakan nama Paris Hilton. Yang lain diberi nama Fairy Dust dan Siren.

Alicia Keys Bertunang Dengan Rapper Swizz Beatz


PENYANYI Alicia Keys khabarnya telah mengikat tali pertunangan dengan rapper Swizz Beatz. Beatz dilaporkan telah menghadiahkan penyanyi itu dengan sebentuk cincin berlian seberat 7-carat di ulang tahun hari kelahirannya yang ke 29 awal bulan ini.

Sumber memberitahu US Magazine, pasangan tersebut meraikan hari bahagia mereka di Hawaii, lapor New York Daily News.

Pasangan itu sebelum ini berura-ura untuk membeli Soho penthouse duplex milik Lenny Kravitz yang berharga 14.5 juta.

Pembunuh MJ telah ditangkap?


AYAH Michael Jackson, Joe Jackson masih tidak puas hati dengan kematian anak kesayangannya. Selagi tidak tahu siapakah orang bertanggungjawab membunuh anaknya, Joe tidak akan tenang, katanya.

Kini, Joe berusaha menyiasat punca kematian Michael dengan memfailkan permohonan di Los Angeles, agar semua rekod perubatan Michael diserahkan kepadanya.

Joe yakin semua dokumen yang diperolehi dari University of California Los Angeles (UCLA) Medical Centre dapat membantunya mencari 'pembunuh' anaknya dan sekali gus dia dapat menganggar berapa jumlah saman yang boleh dikemukakan.

Semua ahli keluarga, termasuk Joe sendiri, menuduh doktor peribadi Michael, Conrad Murray, sebagai ornag yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Michael. Namun hingga ke hari ini, Conrad berjaya melepaskan dirinya.

Peguam Joe Jackson telah memfailkan kes ini di Los Angeles County Superior Court bagi mendapatkan dengan kadar segera semua dokumen kesihatan yang diperlukan untuk siasatan.

Skandal seks Kapten England


SELAIN pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods, kini seorang lagi bintang sukan antarabangsa terjebak dalam skandal seks memalukan, lapor sebuah akhbar semalam.

Skandal seks melibatkan ketua pasukan bola sepak England, John Terry dengan model dan aktres Perancis, Vanessa Perroncel terbongkar kelmarin setelah sebuah mahkamah Britain menolak permohonannya untuk melarang ia disiar oleh media.

Perroncel ialah sahabat karib isteri Terry dan teman wanita kepada rakan sepasukannya iaitu pemain pertahanan England, Wayne Bridge.

Bintang bola sepak bergaji £170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.

Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.

Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.

Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi.

Demi Moore Jadi Ibu Miley Cyrus?


AKTRES Demi Moore dan Miley Cyrus dilaporkan dalam proses perbincangan untuk memainkan watak sebagai ibu dan anak dalam filem remake Perancis popular, L.O.L. Laughing Out Loud.

Menurut laporan di laman sesawang contactmusic.com, kedua-dua bintang itu dijangka akan merealisasikan watak yang pernah dibawa oleh pelakon Perancis, Sophie Marceau and Christa Theret dalam versi asal filem itu.

Azuelos dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip dan mengarah filem versi Hollywood itu.

L.O.L. Laughing Out Loud memaparkan kisah seorang gadis remaja dan ibunya dalam usaha mereka untuk memulakan hidup baru selepas ditinggalkan oleh ayahnya.

Gisele Bundchen Lahirkan Anak Dalam Tab Mandi


Gisele Bundchen dan suaminya, Tom Brady. - Foto AP

SUPERMODEL terkenal Brazil, Gisele Bundchen mengakui telah melahirkan bayi lelakinya, Benjamin di dalam tab mandi di rumahnya.

Menurut laporan di laman sesawang femalefirst.co.uk, isteri kepada bintang ragbi Amerika Syarikat, Tom Brady itu, melahirkan Benjamin ketika dia sedang menenggelamkan dirinya dalam tab mandi di rumah mewahnya di Beacon Hill, Boston.

"Saya lahirkan Benjamin dalam tab mandi," akui supermodel termahal yang melahirkan bayinya itu pada 3 Disember tahun lalu.

Anak-anak MJ Akan Hadir Grammys 2010?




MUNGKINKAH anak-anak Michael Jackson akan hadir ke Anugerah Grammy atau Grammys 2010 di Staples Center, Los Angeles, California, AS, pada 31 Januari ini?

Sumber mengatakan para produser acara Grammys 2010 berusaha mendapatkan ketiga-tiga anak Jackson—Michael Joseph Jr alias Prince Michael I, Paris-Michael Katherine, dan Prince Michael II alias Blanket, untuk hadir dalam acara penghormatan bagi ayah mereka pada Grammys 2010.

Dalam acara tersebut, film 3D untuk lagu "Earth Song", karya Michael Jackson, akan dipertontonkan.

"Para produser berusaha melibatkan anak-anak Jackson dalam segala hal, dari menyanyi di pentas hingga sekadar hadir ke majlis berprestij itu," kata salah seorang yang terlibat dalam majlis Grammys.

Sementara itu, wakil keluarga Jackson tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mereka.

Namun, sumber yang dekat dengan keluarga Jackson mengatakan kepada E! News bahwa anak-anak Jackson akan datang.

Sumber yang sama juga berkata beberapa anggota keluarga Jackson, termasuk ayah MJ, Joe, dijadualkan hadir di Grammys 2010 itu. "Mereka mungkin pergi. Namun, Kate (Katherine, ibu Jackson) sangat melindungi mereka dari kamera. Jadi, saya ragu mereka akan berjalan di karpet merah," ucapnya.

Saturday, January 30, 2010

Adam Lambert Dipilih Jadi 'Fashion Police


Saluran television Entertainment Tonight akan menampilkan Lambert sebagai fashion police untuk Grammy Awards 2010

ADAM Lambert, naib juara American Idol 2009, bakal menjadi pengkritik fesyen alias 'fashion police' untuk apa yang akan dikenakan oleh mereka yang hadir ke majlis Grammy Awards 2010.

Khabarnya, saluran television Entertainment Tonight akan menampilkan Lambert sebagai fashion police untuk Grammy Awards 2010.

Ternyata, Lambert yang lantang mengatakan dirinya gay itu dan baru menyambut ulangtahunnya ke-29 pada 29 Januari lepas, tidak sabar menjalankan tugas barunya ini.

"Saya suka sekali diberi tugas ini," kata penyanyi yang nama sebenarnya Adam Mitchel Lambert ini.

"Saya suka semua jenis pakaian dan saya menyukai fesyen. Saya akan memperhatikan apa yang dipakai orang-orang ke acara itu. Jangan risau, saya akan berlaku adil," kata Lambert.

Kecoh Bila Wartawan Itali Meraba Beckham


Kejantanan David Beckham seperti yang dipaparkan dalam iklan seluar dalam Armani, membuat seorang wartawan wanita Itali terdesak untuk merabanya

GARA-gara ingin tahu kejantanan jaguh bolasepak David Beckham, adakah dia sehebat iklan seluar dalam Armani yang diperagakannya, seorang wartawan TV Itali telah meraba Beckham.

Insiden tersebut berlaku di sebuah hotel di Milan baru-baru ini di mana wartawan dan juga bintang "Le Iene (The Hyenas,)" Elena Di Cioccio pura-pura menghampiri dan menemuramah Beckham.

Sebaik saja selepas menemubual Beckham, Elena, yang bekerja di program berita satira di TV Itali, telah tunduk dan terus meraba Beckham.

Ramai pemerhati yang berada di lokasi tersebut tergamam dengan aksi spontan bintang berusia 36 tahun itu.

Beckham juga turut kelihatan terperanjat dan tergamam hingga tidak terkata apa-apa. Sejurus selepas itu, beberapa pengawal sekuriti bergegas membawa Beckham keluar dari situ.

Bagaimanpun, Elena menjerit ke arah Beckham sambil juara bolasepak itu berlalu pergi dalam keretanya....,"Beckham, anda telah menipu kami semua. Sungguh tidak patut, David!"

Kemudian Elena berlari bertempikkan sambil menjerit kegembiraan kerana dapat apa yang dihajatinya.

Rakaman video Elena berbuat demikian telah banyak dimuat turun di internet hingga video itu diberi tajuk,"wartawan serang Beckham dengan meraba".

Dalam satu temubual dengan The Daily Telegraph selepas insiden tersebut, Elena berkata, dia berbuat demikian kerana ingin memastikan kejantanan Beckham.

"Saya hanya ingin tahu adakah dia sehebat apa yang dia tampilkan dalam iklan seluar dalam Armani itu. Dan saya sudah pun menemui jawapannya. Rupa-rupanya tidak...," jerit Elena kegembiraan.


video
beckham di raba!

Biografi Hidup David Beckham Dijadikan Komik


Komik Fame: David Beckham akan menceritakan hal Raja Bolasepak England, itu, di dalam dan luar padang

BLUEWATER Productions telah mengumumkan bahawa jaguh bolasepak dunia David Beckham akan diberi penghormatan menghiasi komik biografi di bawah tajuk Fame: David Beckham.

Menurut jurucakap Bleeding Cool Foto, buku komik itu ditulis oleh Peter Rogers manakala illustrasi pula dibuat oleh artis terkenal Matt Bellisle.

Komik itu akan menceritakan perihal Raja Bolasepak England itu di dalam dan luar padang.

Pengelola laman web Rich Johnson berkata; "Komik itu akan menyentuh tentang kehidupan Beckham, segala yang berkaitan dengan peribadi Beckham, perkahwinannya dengan bekas penyanyi kumpulan Spice Girls Victoria dan suaranya yang agak halus.

"Buku komik itu bukan seperti buku komik lain yang tipikal, seperti mendewakan hero. Ini bukan kisah Beckham menyelamatkan dunia. Sebaliknya, ia sebuah cerita benar dan hebat."

Antara kandungan komik itu adalah kisah percintaan Beckham dengan Rebecca Loos. Namun jurucakap Beckham enggan memberi sebarang komen.

Apa pun Beckham tidak sabar dan sangat teruja untuk melihat kisah hidupnya dijadikan komik.

Selain Beckham, seorang lagi aktor yang telah diberi penghormatan yang serupa ialah Robert Pattinson, hero filem Saga Twilight.

Friday, January 29, 2010

Matthew McConaughey Lalui 40 Hari Tanpa Seks


Gambar terbaru Matthew MacConaughey bersama kekasihnya, Camila Alves dan bayi perempuan mereka, Vida yang diambil pada 4 Januari 2010. - Foto AP

AKTOR Matthew McConaughey dikhabarkan sedang melalui tempoh enam minggu yang menyukarkan kerana dilarang mengadakan hubungan seks bersama kekasihnya, Camila Alves.

Keputusan itu terpaksa diterima oleh McConaughey kerana kekasihnya masih dalam proses berpantang selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Vida pada 3 Januari lalu.

Alves yang berasal dari Brazil, mempercayai tradisi negara itu yang melarangnya daripada melakukan sebarang aktiviti berat termasuklah bersukan atau pun hubungan seks selama 40 hari bagi memulihkan semula sistem dalaman dan luaran tubuhnya secara menyeluruh.

Menurut Alves yang juga seorang penyampai TV, "Tradisi di tempat asal saya menetapkan tempoh berpantang selama 40 hari untuk memulihkan semula sistem badan selepas melahirkan anak.

"Badan saya perlu berehat sepanjang tempoh ini. Sepanjang tempoh ini, saya tidak boleh melakukan sebarang kerja yang berat dan lasak, termasuklah tiada hubungan seks, tidak boleh ke gimnasium dan hanya mengambil makanan yang berkhasiat.

"Tradisi ini adalah satu perkara yang baik untuk badan bagi memulihkan sistem badan secara perlahan-lahan dan semulajadi. Selepas 40 hari, sistem badan akan pulih seperti sedia kala," demikian menurutnya kepada StyleList.com.

Hanya tinggal tiga minggu sahaja untuk Alves melengkapkan tempoh berpantang 40 hari itu.

Dia mengakui tidak sabar untuk kembali aktif dan kini sedang menghitung hari untuk menamatkan tempoh berpantangnya pada 14 Februari depan, yang secara kebetulan jatuh pada Hari Kekasih.

p/s: chit! bru 40 hari..aku seumor hidup rilek jek :P

Dakota Fanning Tidak Kisah Bercumbu Dengan Kristen Stewart


Kristen Stewart (kiri) dan Dakota Fanning serasi 'beraksi panas' dalam filem terbaru mereka, The Runaways. - Foto AP

AKTRES remaja Dakota Fanning dilaporkan langsung tidak kisah terhadap adegan cium dengan aktres Kristen Stewart dalam filem terbaru mereka, The Runaways.

Bintang berusia 15 tahun itu memainkan watak Cherie Currie dalam filem yang mengisahkan kisah kehidupan sebuah kumpulan rock perempuan yang masyhur di era 70an.

Tambahnya, adegan itu bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya, Fanning menyifatkan ia sebagai sesuatu yang agak pelik untuk dilakonkan.

Bercakap di sidang media The Runaways bersempena dengan Festival Filem Sundance, Fanning berkata, "Saya langsung tidak kisah dengan babak cium itu.

"Adegan cium itu memang memberahikan dan watak Joan (lakonan Kristen Stewart) dan Cherie tidak ubah seperti merpati dua sejoli."

'Harry Potter' Ingin Ikut Jejak 'Avatar'


KEJAYAAN memberangsangkan filem garapan James Cameron, Avatar, membuat beberapa pengiat filem berlumba-lumba untuk menggarap filem tiga dimensi. Malah, perusahaan filem Warner berniat untuk mengubah Harry Potter And The Deathly Hallowske format tiga dimensi.

Seperti dipetik Daily Mail, Warner telah memberitahu perkara itu di minggu yang sama ketika Avatar berjaya menjadi filem terlaris mengalahkan Titanic. Tidak hanya dua filem terakhir Harry Potter, mereka juga berniat mengarap Clash Of The Titans dalam format 3D.

Pada perancangan awalnya, bahagian pertama Harry Potter And The Deathly Hallows akan keluar pada 19 November 2010. Sementara, bahagian keduanya menyusul pada 15 Julai 2011 akan datang.

Selain Warner, beberapa syarikat perfileman lain juga merancang bakal mengikuti jejak Avatar. Bahkan MGM turut merancang untuk menggarap film terbaru James Bond dengan format tersebut, begitu juga dengan Sony Pictures yang sedang memikirkan untuk melakukan hal sama untuk filem Spider-Man 4.

30 Ways To Make A Girl Smile :


1. Tell her she is beautiful, not hot or fine.
2. Hold her hand at any moment you can.
3. Kiss her on the forehead.
4. Leave her voice messages to wake up to.
5. When she is upset, hold her tight and don’t let her go.
6. Recognize the small things; they usually mean the most.
7. Call her sweetie, not baby.
8. Sing to her no matter how horrible your voice is.
9. Pick her over all the other girls you hang with.
10. Write her notes [ she loves them ] .
11. Introduce her to family & friends as your girlfriend.
12. Play with her hair & if it smells good tell her.
13. Pick her up, tickle her, and play wrestle with her.
14. Pick her up and act like your going to drop her and she will scream and yell let her down even though she loves it.
15. Tell her funny jokes, tell her stupid jokes, okay just tell her jokes.
16. Throw pebbles at her window in the middle of the night just because you miss her.
17. Let her fall asleep in your arms.
18. Carve your names into a tree.
19. If she’s mad, kiss her.
20. Give her piggyback rides.
21. Bring her flowers just because.
22. Treat her the same around your friends as you do when you’re alone.
23. Let her take as many pictures as she wants.
24. Slow dance with her even if there isn’t music playing.
25. Kiss her in the rain.
26. Take long walks on the beach at night with her.
27. Wait outside her house in the pouring rain to surprise her when she gets home
28. When she’s ill stay by her bedside
29. Play fight with her and let her win
30. And most importantly if you love her, tell her.

i love u tea and :)

Miley Cyrus Mahu Menjadi Perunding Perkahwinan


PELAKON filem Hannah Montana, Miley Cyrus memberitahu dia mempunyai impian untuk menjadi perunding perkahwinan.

Pelakon yang berumur 17 tahun ini juga antara pelakon utama filem tersebut turut memberitahu dia tidak merancang untuk mengikuti Showbiz.

"Saya mengidamkan untuk menjadi seorang perunding perkahwinan. Saya berminat dengan idea untuk melakukan majlis-majlis besar. Tetapi saya menghadapi masalah dengan masa dan jadual.

Anak kepada penyanyi Billy Ray Cyrus ini, turut memberitahu mengenai lelaki idamannya.

"Saya suka lelaki yang spontan, lelaki yang tidak terlalu mencorakkan kehidupannya dan tetap bergaul dengan dunia luar.

"Saya bukan seorang yang terlalu mementingkan yang terbaik dan mengharapkan seperti makan malam yang romantik. Saya sebenarnya suka ke pantai dan keluar untuk melakukan sesuatu,"katanya.

Orlando Bloom Bosan Jadi Lanun


AKTOR popular dengan watak Will dalam filem Pirates Of The Caribbean, Orlando Bloom menolak untuk berlakon filem tersebut untuk siri keempat.

Filem yang diarahkan oleh Rob Marshall ditolak mentah-mentah dengan alasan dia mempunyai hal lain.

"Tidak, pasti tidak. Bagi saya ketika ini karakter Will sedang berenang bersama ikan-ikan di dasar lautan," ujar Orlando ketika ditanya keterlibatannya.

Sementara itu, Johnny Depp juga masih belum mengesahkan persetujuannya untuk terlibat dalam filem tersebut walaupun Rob Marshall khabarnya sudah berkali-kali merayu kepada aktor utama itu.

"Saya seronok beraksi dalam ketiga-tiga filem ini. Namun buat kali ini saya ingin melakukan hal yang lain," lanjut Orlando seperti dipetik dari Splash News.

Dalam pada itu, Orlando masih dalam proses pengambaran filem The Cross dan setakat ini belum ada projek lain yang dikaitkan dengan aktor 33 tahun ini.

Jennifer Aniston Punca Perpisahan Brad-Jolie



SIAPA juga tidak menyangka bahawa aktor kacak, Brad Pitt seorang yang membosankan dan beracun?. Kenyataan itu yang diungkapkan Angelina Jolie setelah empat tahun mereka bersama.

Ada yang mengatakan acara makan malam di Alto Restaurant sekitar awal bulan Januari lalu adalah petanda awal dari perpisahan ini.

Khabarnya pasangan ini bertengkar dan Brad meminta Angelina untuk bertemu pakar psikologi sementara Angelina memanggil Brad sebagai racun yang harus dihindari.

Empat jam mereka menghabiskan masa bertengkar di salah satu restoran paling terkemuka di Manhattan.

Satu jam kemudian mereka berdua meninggalkan restoran, Angelina keluar dengan wajah suram sementara Brad dilihat seperti mengkhawatiri sesuatu. Beberapa hari kemudian, beberapa saksi sempat melihat Brad Pitt dan Angelina Jolie memasuki sebuah pejabat guaman di Beverly Hills.

Walaupun tidak pernah bernikah namun selama empat tahun lebih bersama, pasangan ini memiliki enam orang anak, rumah di serata tempat dan harta sepencarian yang khabarnya mencapai 205 juta Pound sterling. Selama menjalin hubungan asmara, pasangan ini juga sempat membeli lima buah rumah di Loz Feliz, Los Angeles dan sebuah istana dengan 35 buah bilik yang dibeli dengan harga 20 juta Pound sterling.

Bukan hanya itu, mereka berdua juga memiliki sebuah pulau di Dubai yang berbentuk seperti Etiopia, sebuah cagar alam dan beberapa perkampungan di Kamboja termasuk sebuah rumah mewah berjumlah 1,2 juta Poundsterling di New Orleans.

Beberapa media juga menulis bahawa bibit keretakkan hubungan mereka berpunca dari bekas isteri Brad, Jennifer Aniston. Beberapa fakta yang dikeluarkan media menyatakan peminat lebih suka melihat Brad bersama Jennifer ditambah pula kenyataan bahawa keluarga Brad lebih suka pada Jennifer membuatkan Angelina selalu resah. Setiap cerita berhubung Brad dan Jennifer selalu mengundang pertengkaran di antara mereka.

Walaupun sumber terdekat pasangan ini selalu menyangkal tentang perpisahan di antara mereka berdua namun banyak yang mengatakan Brad dan Angelina pada dasarnya sudah berpisah.

Apabila terpaksa bermalam di hotel keduanya memilih tinggal di bilik berasingan dan Brad dikatakan juga sudah membeli sebuah rumah di Los Angeles agar mereka dapat tinggal berasingan.

Sepanjang hubungan mereka khabar angin sering datang silih berganti tapi tidak satu pun yang mampu memisahkan pasangan paling sensasi di Hollywood ini. Namun melihat perkembangan belakangan ini, benarkah hubungan ini akan segera berakhir?

Thursday, January 28, 2010

Simon Cowell Antara Terkaya Di Britain


PENGKRITIK terkenal Simon Cowell beroleh kekayaan sebanyak 50 juta pound tahun lepas, sekali gus melayakkan dirinya menjadi antara lelaki terkaya di Britain.

Berita Simon termasuk dalam senarai orang kaya baru di Britain itu dipaparkan di majalah OK! baru-baru ini.

Dailystar.co.uk melaporkan tempat kedua diungguli oleh bintang rock Irish U2, diikuti oleh penyanyi terkenal Elton John, 62.

Menurut laporan itu, Elton mendapat kekayaan setelah menjadi artis residen di Caesar's Palace, Las Vegas.

Lain-lain personaliti yang turut disenaraikan di dalam 'Senarai 10 Orang Kaya' Britain ialah Anthony McPartlin, 34, Declan Donnelly, also 34, bintang lagenda Beatles Sir Paul McCartney, 67, dan bintang filem Ewan McGregor, 38. 10.

Khabar Angin 'Kematian' Johnny Depp Buat Laman Web Sesak


BEBERAPA laman web gosip menjadi tidka tentu arah bila berita kononnya pelakon terkenal Johnny Depp mati dalam kemalangan jalan raya.

Berita yang dimuatkan itu disyakki perbuatan beberapa orang dajal yang cuba menimbulkan huru hara di internet dengan menyiarkan berita palsu itu.

Dalam laporan palsu yang dimuatkan di dalam sebuah laman web itu, 'kemalangan' itu kononnya berlaku di Bordeaux, France, dan terdapat gambar seolah-olah kemalangan itu benar-benar berlaku.

Laporan tersbeut juga turut melaporkan yang bintang 'Pirates of the Caribbean' terbaring di tepi jalan kerana mabuk.

"Polis mengesyaki penyebab kematian Johnny ialah kerana lebihan alkohol," demikian menurut The Daily Star melaporkan.

Laman Twitter penuh sesak dengan peminat-peminat menghantar laporan palsu itu.

Sejurus selepas itu, peminat-peminat Johnny berkabung dan meninggalkan ucapan takziah menyebabkan sebuah laman mendapat sebanyak 13 juta hits.

Pakar komputer berkata 'kematian' Johnny menjadi carian yang paling dapat popular di dunia ketika laporan palsu itu dikeluarkan.

Namun, petang kelmarin, bintang terkenal berusia 46 tahun itu membuat kenyataan, "Saya masih hidup dan sihat."

Berita ini pula disambut oleh kenyataan jurucakapnya Robin Baum.

"Betul, Johnny sihat...," kata Robin.

Kylie Minogue Tidak Mengaku Lesbian


PENYANYI Kylie Minogue berang bila beberapa laporan mengaitkannya dengan aktiviti lesbian.

Malah, laporan itu turut melabelkannya sebagai 'closet lesbian' (seorang lesbian yang berpura-pura menjadi wanita).

Penyanyi berusia 41 tahun dan berketurunan Australia ini, selalu didakwa sebagai seorang ikon gay antarabangsa.

Dakwaan yang mengaitkan Minogue sebagai lesbian berpunca dari sebuah laporan dari majalah Mad Mexico yang berkata, "Minogue tertarik kepada perempuan."

Namun, Minogue tetap bertegas mengatakan bahawa temuramah itu tidak pernah berlaku.

Minogue juga telah menggunakan laman Twitter untuk membalas balik segala dakwaan itu.

Tuesday, January 26, 2010

Tony tolak pelawaan


KUALA LUMPUR - Taikun syarikat penerbangan negara, Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) semalam menolak pelawaan untuk menjadi pemegang saham minoriti kelab bola sepak England, West Ham selepas beliau tewas dalam pembidaan untuk membeli kelab tersebut baru-baru ini.

Bekas pemilik Birmingham City, David Sullivan dan David Gold pada 19 Januari lalu berkata, mereka telah berjaya menguasai West Ham setelah memiliki 50 peratus pegangan saham.

Sullivan mempunyai pilihan untuk membeli baki 50 peratus pegangan saham tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh empat tahun ini tetapi beliau lebih berminat untuk menarik individu lain yang juga penyokong West Ham seperti Tony untuk melabur dalam kelab itu.

Ditanya adakah beliau berminat, Tony bingkas menjawab: "Tidak."

"Sasaran saya hanyalah untuk memiliki 100 peratus saham kelab itu kerana saya rasa mereka hanya memerlukan seorang pemimpin sahaja. Saya tidak pasti memiliki dua pemimpin adalah sesuatu yang baik," katanya.

Tony yang juga Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia serta ketua pasukan Lotus F1 Racing menambah, beliau sebenarnya mendapat sokongan penuh daripada penyokong West Ham dan sedia membawa pembaharuan dari segi pemasaran dan penjenamaan semula kelab itu.

"Saya telah menerima 8,000 e-mel daripada penyokong West Ham dan jika kamu melihat kepada laman web penyokong tersebut, saya adalah calon kegema- ran mereka."

Kristen Stewart Jadi Penari Bogel ??


BINTANG filem 'Twilight, Kristen Stewart, tak ragu menerima tawaran menjadi penari bogel dalam sebuah filem indie. Aktres jelita yang memegang watak sebagai Bella Swan itu turut rela menyakiti dirinya sendiri.

"Saya melakukan tarian di celah-celah tiang dan disebabkan itu kaki saya luka-luka. Saya telah menyakiti diri sendiri selama melakukan tarian itu," kata Stewart, seperti dipetik Ace Showbiz.

Walau terpaksa menahan sakit, Stewart mengakui seronok dengan pengambaran filem berjudul 'Welcome to The Rileys' itu.

"Semakin saya melihatnya, semakin itu saya menginginkannya," ujar gadis yang disebut-sebut menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan Twilight, Robert Pattinson.

Ketika ditanya tentang wataknya dalam filem indie tersebut, Stewart mengaku telah melakukan sejumlah persiapan untuk menjadi seorang penari bogel. Salah satunya, dia sendiri telah belajar menari dari penari bogel asli.

"Saya telah berbual dan bertanyakan kepada tiga penari di New Orleans. Mereka juga turut berlakon dalam filem ini," katanya.

Menurut sutradara 'Welcome to the Rileys,' Jake Scott, pihaknya tidak akan mengeksploitasi Stewart dalam filem tersebut. Scott hanya ingin menampilkan kisah tentang anak remaja bermasalah yang terpaksa menjadi penari bogel dan pekerja seks komersil.



trailer movie yang bakal si minah nie belakon~

Monday, January 25, 2010

Katy Perry Tidak Komited Dengan Rakaman Album Demi Video Lucah


PENYANYI Katy Perry tidak sudah-sudah dengan pelbagai cerita kontroversinya. Terbaru, Perry dilaporkan melarikan diri daripada proses rakaman album terbarunya gara-gara hendak menonton video lucah.

Menurut laporan thesun.co.uk, Perry yang kini sedang tertekan dengan penerbit album itu, Lukasz Gottwald sepatutnya menyiapkan lirik lagunya untuk album itu.

Sebaliknya, dia menghabiskan masa untuk komitmen itu dengan menonton video lucah di Internet.

"Katy Perry perlu menyiapkan lirik lagu tersebut atau dia tidak akan dibenarkan pulang ke rumah kepada tunangnya, Russell Brand!" demikian menurut kemaskini Lukasz di akaun Twitternya mengenai sikap 'tidak beretika' Perry.

Bagaimanapun Perry membalas kenyataan Lukasz di Twitter dengan menjawab, "Jangan harap saya akan siapkan lirik itu bila saya tidak ada mood. Saya akan menghabiskan masa dengan menonton video lucah."

p/s: nafsu naga betol la minah nie haha

Avatar Pecahkan Rekod 13 Tahun Titanic


FILEM Avatar filem meraih pendapatan yang tertinggi sepanjang masa dengan kutipan sebanyak US$1 841 juta hingga melampaui rekod pengarahnya sendiri, James Cameron menerusi filem karyanya, Titanic yang mengutip US$1 242 juta.

Menurut sumber dari The Sun, filem bergenre sci-fi tiga dimensi karya James Cameron ini memperolehi pendapatan yang cukup memberangsangkan.

Prestasi itu membuatnya menjadi filem terlaris dunia sepanjang masa dan melebihi filem karya James sebelumnya, Titanic, yang dihasilkan pada 1988.

Pawagam Odeon di London's Leicester Square yang didirikan pada 1937, dalam kenyataannya berkata Avatar adalah filem terbesar dan terlaris sepanjang masa. Odeon berjaya menjual 71 500 tiket.

Menurut bos Odeon, Rupert Gavin, "Avatar memiliki kombinasi teknologi 3D yang hebat dan dipuji di seluruh dunia. Itu yang membuatnya laris ditonton."

Angelina Jolie-Brad Pitt Disahkan Berpisah!


PASANGAN ideal, Angelina Jolie dan Brad Pitt disahkan sudah berpisah seperti yang dilaporkan News of The World kerana kedua-duanya telah menandatangi surat perpisahan awal Januari ini.

Walau tidak berkahwin secara sah, Jolie dan Pitt memilih cara yang sah untuk mengakhiri hubungan cinta mereka. Pasangan yang popular dengan gelaran 'Brangelina' itu telah melantik peguam untuk mengurus semua hal berkaitan perpisahan itu.

Khabarnya pasangan yang juga berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith itu telah bersepakat tentang soal penjagaan keenam-enam anak mereka. Hanya Jolie yang mempunyai hak untuk menjaga keenam-enam anaknya, manakala Pitt dibenarkan mengunjungi mereka pada waktu yang ditetapkan.

Tanda-tanda kedua-duanya bakal berpisah dilihat ketika Jolie hadir di Beverly Hills bersama seorang peguam terkenal pada Disember lalu. Desas-desus mengatakan Jolie berbincang tentang perancangannya untuk berpisah dengan Pitt.

Namun begitu, sebab sebenar perpisahan Jolie dan Pitt tidak diketahui. Butir-butir rasmi berhubung perpisahan Jolie dan Pitt akan diuar-uarkan tidak lama lagi.

p/s: more info brad pitt di katakan telah meng spend kan masa nya bersama cinta lama nya iaitu Jennifer Aniston..dezas

Mel Gibson Bimbang Hidupnya Semakin Membosankan


AKTOR Mel Gibson dilaporkan mula menyuarakan kembimbangan terhadap kehidupannya yang semakin membosankan gara-gara keinginannya untuk hidup lebih sihat, termasuklah berhenti merokok.

"Saya cuba untuk jalani hidup lebih sihat tetapi saya tidak bersenam. Saya sudah berhenti merokok dan itu adalah sesuatu yang baik.

"Namun, saya tidak lakukan perkara-perkara yang menyeronokkan lagi dan hakikat itu sangat membosankan," katanya kepada contactmusic.com.

Gibson dikurniakan tujuh anak daripada perkahwinan terdahulunya bersama Robyn Moore. Sementara itu, Gibson juga mempunyai seorang bayi perempuan bersama kekasihnya, Oksana Grigorieva.

Miley Cyrus Terdesak Untuk Berkahwin


BINTANG remaja sensasi, Miley Cyrus dilaporkan terdesak untuk mengahwini kekasihnya, Liam Hemsworth.

Penyanyi dan pelakon berusia 17 tahun itu, yang menafikan pertunangannya dengan Hemsworth baru-baru ini, bagaimanapun dikatakan telah mula menghebohkan kemungkinannya menukar nama sepadan dengan nama keluarga teman lelakinya itu.

"Miley sedang hangat dilamun asmara dengan Liam. Dia kerap kali bergurau mengenai kemungkinan dirinya menukar nama kepada Miley Hemsworth.

"Dia juga tidak sabar untuk menanti ulangtahunnya yang ke-18 supaya dia dapat melakukan apa sahaja yang diingininya termasuklah mengahwini kekasihnya itu," demikian menurut satu sumber kepada contactmusic.com.

Sunday, January 24, 2010

Lelaki ke Perempuan? (2)



P/S: pui pui pui..pui wei sek..so u all ase laki ke pempuan? kwang3..

Friday, January 22, 2010

Sex during Menstruation - Is it Really Safe?


Sex during menstruation is considered a taboo in most of the cultures. And because of certain social norms, women either feel dirty or too embarrassed indulging in such act during menstruation. However, there are some men and women who indulge in sexual activities during this period. These people claim to enjoy sex even more during this period as this is one of the unexplored part of sex life.

It is a general thumb rule that we as an individual enjoy doing things that have been forbidden. Though there is nothing unusual neither it is a new discovery about making love during these days but simply for the fact that it has been restricted, people enjoy eating the forbidden fruit.

Majority of people experimenting with sex during this time would rarely admit of having done it except for a few exceptions. Among those who have admitted doing it says they find nothing wrong in it. They have further admitted that there is nothing unusual about indulging in this amorous activity in your menses days other than being a little messy.

Apart from the cultural belief, another reason behind people considering this physical act loathsome could be because since childhood, girls have been made to believe that the menstrual blood is dirty and unclean. However, on the contrary this blood is like any other natural fluid that the body releases and thus there is nothing bad or unclean about it.

Doctors have revealed that having sex during menstruation is as healthy as having normal sex. Their revelation went a step further saying that there is no harm in indulging in oral sex even. However, gynecologists caution that the menstrual blood may contain STD virus or bacteria and other viruses, which can transmit STD and HIV. So those people who are engaged in such activities are advised to use protection for safe sex. So long one indulges in safe and protective sex, there is nothing to worry about.

Researchers have found that about 83% of those women who indulge in sexual activities during their menses bled more and 90% of those who refrained from any sexual activities during this period experienced diminished blood flow. It has also been found that women are more aroused during this period.

Sexual intercourse during menstruation has an added advantage. It has been found that it helps in relieving menstrual cramps and pains which most women experience during their days. Women who achieve orgasm when engaging in such activities these days, feel a relief in the pain as it wraps up all the pains at one go.

Another fact is that there is a high chance of not getting pregnant during sexual encounter that takes place in this period. There might be few exceptions though. During menses, all the eggs and lining that have developed preparing room for fertilization are being shed. So when there are no eggs left in the uterus, how can fertilization take place? Moreover, fertile days in menstruation are quite low. Though, it is not altogether absent. It is best to calculate your cycle to know your fertile days.

Rihanna Nyanyikan Lagu Bob Marley Untuk Haiti


PENYANYI Rihanna telah menyanyikan semula lagu 'Redemption Song' yang dahulu dipopularkan oleh Bob Marley.

Pelantun 'Russian Roulette' itu mempersembahkan lagu tersebut kepada mangsa gempa di Haiti melalui satu acara Oprah.

Seperti dipetik dari Female First, Rihanna memilih 'Redemption Song' kerana mempunyai pengalaman peribadi sendiri terhadap lagu itu. Dia turut mengakui selalu mendengarkan lagu kepunyaan Bob Marley pada 1980 itu setiap kali berhadapan dengan tekanan.

Menurutnya, lagu tersebut boleh memberi inspirasi dan membangkitkan semangat.

"Saya rasa masyarakat Haiti perlu untuk mendengarkan sesuatu yang mampu menginspirasi mereka," ujar gadis yang kini berusia 21 tahun itu.

'Redemption Song' versi Rihanna kini boleh didapati di lawan web rasmi Oprah. Keuntungan dari penjualan lagu itu akan disumbangkan kepada mangsa gempa di sana.

Shakira Bakal Bangunkan Sekolah Di Haiti


SEORANG lagi selebriti yang menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa gempa bumi di Haiti ialah penyanyi Shakira.

Shakira menyatakan hasrat untuk membangunkan sekolah di Haiti. Sekolah tersebut akan diperuntukkan kepada anak-anak kecil yang menjadi mangsa gempa pada 12 Januari lalu, seperti yang dipetik dari Contact Music.

Namun begitu, Dia belum menjelaskan berapa unit bangunan sekolah yang akan disumbangkan.

Sebelum membangunkan sekolah, penyanyi yang berasal dari Kolombia itu sudah mengirimkan makanan, susu bayi dan air bersih ke Haiti melalui beberapa lembaga bantuan antarabangsa.

"Saya hanya boleh memberikan sedikit, tapi saya berharap bantuan itu mampu membuat perubahan yang baik bagi anak-anak di Haiti," jelas Shakira.

Malah di negeri asalnya dia juga terkenal sebagai dermawan. Ramai kanak-kanak terlantar diberikan bantuan. Dia juga seorang yang sangat mengambil berat kepada pendidikan dan kesihatan kanak-kanak.

p/s: dah la cantik..dermawan plak tuh..huhu..untung la husband si shakira nieh..

Snoop Dogg Idam Wajah Kacak Seperti Tom Cruise


DULU rapper Snoop Dogg sering berkhayal untuk menjadi kacak seperti bintang Valkyrie iaitu aktor Tom Cruise.

Namun, hal itu sudah berlalu beberapa tahun lalu sebelum dia menjadi aktor. Setelah bertembung menerusi layar lebar, Snoop pun terfikir Tom yang ingin menjadi seperti dirinya.

“Sewaktu saya mula berlakon, saya selalu beritahu ‘saya bermimpi menjadi Tom Cruise versi hitam’ tetapi hari ini saya berfikir sebaliknya, ‘Tom Cruise pasti bermimpi ingin menjadi Snoop Dogg versi putih,” ujar Snoop seperti dipetik dari Female First.

Snoop atau nama sebenarnya Cordozar Calvin Broadus sudah membintangi lebih dari 20 buah filem. Walaubagaimanapun, masih banyak perkara yang ingin dicapainya dalam dunia lakonan ini. Tidak lama lagi, penyanyi lagu hits Drop It Like It's Hot itu akan membintangi filem tentang kisah hidup pemuzik Miles Davis.

“Bagi saya Miles bukan pahlawan, tetapi hasrat ini besar dan mencabar. Miles tak pernah peduli mengkritik orang tentangnya, dia hanya bermain muzik dan terus mengembangkan dirinya. Dia hanya melakukan perkara yang mengikut kemahuannya. Itu sebabnya saya ingin melakonkan wataknya. Cerita brilliant itu perlu dikongsi dengan orang lain,” jelas Snoop.

p/s: drop it like its hot..drop it like its hot..uuuuu~

Menawan hati jejaka


SIFAT manja yang tidak keterlaluan mampu memikat hati lelaki.

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.

Jika anda merupakan wanita bujang atau bergelar isteri, jangan pula tunggu sampai melahirkan anak baru nak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Apapun, berikut ialah ciri-ciri yang memungkinkan anda disukai lelaki:

Memahami

Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus menghamburkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan.

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki ialah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan kaum wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga anak?

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.

Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

KAUM wanita yang bersikap memahami akan membuatkan lelaki rasa dihargai.

Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Bersikap keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

Tetapi, tentulah ia bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.

Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati diri sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu baik dan buruk.

Jadi, dia tahu apa yang dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.

Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Pringles meragukan (Halal Atau Tidak?!)


Pernah makan Pringles? Korang suka makan? Kalau korang suka makan, Wan pun suka makan. Best kan? Di Petronas, di 7-Eleven atau di mana-mana pasaraya pun, korang pasti akan ternampak lambakan Pringles yang tersusun rapi. Persoalannya di sini, sejauh mana status halal makanan ringan yang terlalu popular ni?

Biarpun, terlalu banyak ’spastik’ yang kelihatan ala-ala Pringles seperti Mister Potato dan banyak lagi (dalam botol kertas yang tinggi tu), tapi rasanya Pringles lebih terasa keasliannya dan jauh lagi best dari yang lain tu iye tak? Even mahal sikit pun, tak ape lah bukan selalu korang cakap.

Cuba korang cek betul-betul kanan, kiri, atas dan bawah botol berisi Pringles ni, di mana cop halalnya? Kalau jumpa beritahu Wan, dan Wan tanpa segan-silu akan belanja korang dua botol Pringles secara percuma.
Peliknya, Even Mister Potato mempunyai tanda cop halal Jabatan Agama Islam yang agak besar terpampang, sejauh mana kita sebagai orang islam alert mengenai perkara ni?

Dengan status yang masih meragukan, agaknya camana Pringles ni boleh dijual dengan senang lenang bersama produk kaum sejenis’nya yang lain hingga menjadi kegilaan kanak-kanak islam untuk membeli. Kalau di Petronas, dari luar Petronas dah nampak kot?
Oleh itu, "Kami" secara rasmi & penuh kekerasan, menyeru semua agar memboikot produk ini sehingga status halalnya benar-benar terjamin. Jakim, sila buat kerja!!


Update: 10 September 2008
- Saudara Ubey di bahagian komen memberikan link dari website Jakim mengenai aduan yang diajukan oleh orang ramai. Antara soalannya adalah mengenai produk Pringles ini dan Dove.

Saksikan sendiri.
Aduan

kedua-dua produk dove dan pringles tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM kerana kedua-duanya adalah barangan import walau bagaimana pun tindakan akan diambil untuk memastikan hal sebenar perkara ini.

04 November 2004.
merujuk kepada maklumbalas dari pihak JAKIM (sepertimana di atas) terhadap kesahihan halal makanan ringan pringles – adakah pihak JAKIM telah melakukan siasatan terhadap produk tersebut.
Ini kerana, senarai kandungan pada produk berkenaan ditulis dalam bahasa asing dan logo halalnya meragukan.
Harap dapat disiasat segera berikutan produk berkenaan amat digemari oleh rakyat malaysia terutama kanak-kanak.
terima kasih.


Jawapan Jakim:

Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat oleh JAKIM didapati produk Prinlges untuk pasaran Malaysia dan negara-negara Asean telah dikilangkan oleh sebuah kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, kilang tersebut memang telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidak menggunakan apa-apa bahan yang tidak halal dikilang tersebut.

Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM manakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telah memaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahan yang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh pengguna Muslim.


Hurm.. boleh pulak suka suka dia x berminat nak dapatkan logo halal dari Jakim. Kalau macam tu, blah ar dari Malaysia. Entah ar.. kalo rasa ragu2, teruskan memulau Pringles…

Thursday, January 21, 2010

Killing me softly...with his voice!! :D



da bomb!! :D

Why i like it longer..



the other fact why i like it longer..because of SNSD!! .. :D

David Beckham Sexually Violated by Reporter



P/s: omputih dah xde keje nak buat haha buat malu sendiri je la..

Celine Dion Artis Berpendapatan Tertinggi


PENYANYI yang berasal dari Kanada, Celine Dion telah menduduki carta pertama sebagai penyanyi berpendapatan tertinggi selama beberapa dekad.

Dalam 10 tahun terakhir ini, Dion mendapat jumlah pendapatan sekitar US$747,9 juta.

Seperti dipetik dari Splash News, penyanyi berusia 41 tahun ini menghasilkan wang US$522,2 juta dari penjualan tiket konsertnya, juga termasuk menanggung kehidupannya selama lima tahun di Las Vegas. Manakala baki sebesar US$225,7 juta adalah dari penjualan album.

Sementara itu, tempat kedua artis berpendapatan tinggi adalah Kenny Chesney iaitu US$742 juta dan di tempat ketiga pula, Dave Matthews Band dengan pendapatan US$737,4 juta.

Manakala bintang pop, Britney Spears dengan pendapatan US$494,3 juta hanya menduduki tempat kesepuluh dalam carta.

Johnny Depp Diraikan Bak Seorang Raja Di Serbia


PELAKON Johnny Depp disambut dan diraikan bak seorang raja saat mengunjung negara Serbia ketika pembukaan 'The Kustendorf International Film and Music Festival' seterusnya merasmikan patungnya di kota Drvengrad.

Sempena acara festival film itu, pengarah Serbia Emir Kusturica memperkenalkan Johnny kerana akan membawa peranan pejuang revolusi asal Mexico dalam filem garapannya, 'Seven Friends of Pancho Villa' and 'The Woman with Six Fingers'.

Kedua-dua buah filem ini akan ditayangkan pada 2012.

Kedatangan Johnny awal minggu ini mendapat sambutan hangat dari seluruh bangsa Serbia. Di kesmepatan itu juga, Johnny sempat bertemu dengan Presiden Serbia, Boris Tadic di Beograd.

Kemudiannya, Johnny dibawa pejabat Drvengrad untuk merasmikan patungnya. Patung itu sebagai tanda pengakuan bangsa Serbia atas semua kontribusi Johnny selama ini dalam industri filem.

Angelina Jolie Didakwa Curang Dengan Guru Seksi


AKTRES Angelina Jolie didakwa pernah curang dengan seorang guru bahasa yang seksi. Guru bahasa itu merupakan orang yang mengajar Jolie dalam dialek Rusia untuk filem terbarunya, Salt.

Bekas pembantu rumah Jolie dan Pitt telah menyebarkan cerita ‘panas’ kecurangan antara Jolie dan guru seksi itu.

Anna Kowalski bekerja di rumah Jolie-Pitt ketika Jolie sedang menjalani penggambaran filem terbarunya, Salt.

Ketika itu, pasangan dengan enam orang anak itu tinggal sementara di hotel Waldorf-Astoria, New York, Amerika Syarikat.

Dalam In Touch Weekly, Kowalski yang mengaku telah bekerja selama empat tahun dengan Jolie-Pitt berkata keduanya menginap di hotel tersebut. Namun kemudian dia dipecat kerana kurang cekap bekerja.

Dalam pengakuan itu juga, Kowalski juga bercerita mengenai apa yang dilihatnya di bilik hotel tempat Jolie-Pitt tinggal pada pertengahan Julai 2009. Menurutnya, ketika itu, Jolie dan guru bahasa itu beraksi ghairah pada malam itu. ”Saya melihat bilik mandi yang becak dan botol vodka kosong yang dibuang merata-rata. Baju kotor juga berselerakan,” ceritanya menggambarkan situasi ‘malam panas’ Jolie dan guru bahasa itu.

Bukan itu sahaja, Kowalski juga terjumpa dengan banyak alat bantu seks di tempat tidur.

Jolie dan Pitt ataupun jurucakap mereka belum memberikan apa-apa pengesahan mengenai pengakuan Kowalski itu. Mungkin juga pasangan yang berlakon dalam filem Mr & Mrs Smith itu malas memberikan apa-apa komen lagi kerana sudah sering digosipkan.

The Shape of the Future..LG BL40 Mobile Phones

Mobile Phone with 4.0” WVGA TFT touchscreen, Dual Screen UI, 5 MP Camera






The new LG Chocolate BL40 phone has a 4.0-inch wide HD LCD screen with 800x345 pixel resolution to maximize visual experience. The wide HD LCD “Real VGA” screen presents a vibrant range of natural colours, allowing photos to appear sharper, videos more true-to-life, games naturally vivid and documents more readable.


Basic Specification

Type
Bar phone
RF Band
GSM 850/900/1800/1900, UMTS 900/2100, HSDPA 7.2
Dimension: L x W x D (mm)
128 x 51 x 10.9
Weight with Batt. Standard (g)
129
Standby Time, Max (hrs)
Up to 400hrs(2G), 370hrs(3G)*
Talk Time (hrs)
Up to 6hrs(2G), Up to 5 hrs(3G)*
External LCD (Pixel)
TFT touchscreen,16M Colors, WVGA 345 x 800 pixels, 4.0 inches
Vibration
Yes

Messaging

SMS / EMS / MMS
Yes / No / Yes
E Mail
Yes
Video MMS
Yes

Internet

WAP (version)
Yes (2.0)
Wi-Fi
Yes

PIM

Scheduler/Alarm
Yes / Yes
Phonebook (# of names)
Yes (1000)

Advanced Features

Java (version)
Yes (2.0)
MIDI (poly)
64 poly
Built-In Game
Yes (7)
FM Radio
Yes
Camera
Yes
Camera Resolution (MP)
5
Internal Memory
1.1GB
External Memory
MicroSD up to 32GB (not included)
MP3
Yes
Bluetooth
Yes
Touch Screen
Yes
Video Recording
Yes
Document Viewer
Yes

And why I like it longer..



...Because with .LG BL40 Mobile Phones 'its versatile'..and it will lighten up your day..
Powered By