Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Wednesday, March 17, 2010

Pisang Penawar AIDS?


LONDON – Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan kimia yang dinamakan BanLec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama seperti dua jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam
BanLec merupakan sebahagian protein lektin yang banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya buah pisang.

Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.
Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Michael Swanson berkata, BanLec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan menghalangnya daripada merebak.
“Masalah sesetengah ubat anti- HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukar berbuat demikian dengan kehadiran BanLec,” katanya.
Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubah suai BanLec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada digunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain.

No comments:

Post a Comment

Powered By