Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Thursday, March 18, 2010

Perkara yang U guys xtau mengenai MJ..jom Cekidauk!!





Sudah hampir 7 bulan King Of Pop dunia, Micheal Jackson telah pergi meninggalkan dunia ini. Terdapat ramai peminat yang sedih dengan pemergian beliau. Ada yang mengatakan beliau mati disebabkan homisid iaitu pembunuhan yang telah dirancang disebabkan terdapat banyak drug yang berada dalam badan beliau. Ada juga yang kata disebabkan selalu makan ubat tahan sakit..Aku pun tak tahu. Banyak kontroversi mengenai kematian dia ni. Misteri betul!.hehe

Jadi aku saja je buat post pasal beliau sebab aku pun baru tahu mengenai perkara yang kita tak pernah sangka mengenai beliau.




Tempat Tido Beroksigen
Disebabkan ingin kelihatan hensem, cantik serta untuk hidup lebih lama, beliau tido kat dalam tempat tido yang beroksigen. Tapi lepas tu dia sumbangkan tempat tido tu dekat pusat rawatan di California bagi tujuan rawatan terapi bagi mangsa kebakaran.



Boot Anti-Graviti Micheal Jackson
Anti graviti tuhh! Boot ni boleh buat kita gerakkan badan ke depan dan tak jatuh. Beliau gunakan boot ni time buat pergerakan "lean" style dalam video klip Smooth Criminal.


Patung Egypt Jackson
Patung ini adalah perempuan Egypt purba kala kat Field Museum di Chicago. Ada iras2 Micheal Jackson tak? Ada kan..


Kawan Baik, Bubble The Chimp
Chipanzee ni dulunya adalah kawan baik beliau. Mana2 je beliau pergi, selalunya bawak chipanzee yang bernama Bubble ni. Bubble ni dulu diselamatkan oleh beliau dari pusat penyelidikan di Texas.


Penyakit Genetik
Beliau ada mengidap penyakit genetik yang jarang berlaku yang dikenali sebagai Alpha-1 antitrypsin yang membahayakan nyawa dan boleh menyebabkan kematian. Transplan paru2 perlu dibuat kalau nak cuba menyembuhkan penyakit ni.


"Billie Jean " Video Klip MTV Pertama Bagi Artis Berkulit Hitam
Serius aku minat gila kat lagu ni!!! Video klip pertama dilakukan oleh artis berkulit hitam dalam lagu "Billie Jean" yang berentak dance R&B. Aku paling suka tengok dia menari, style siot, beliau ada trademark menari sendiri iaitu "Moon Walk". Aku nak try buat pun tak jadi2..hahaha


MJ Punch Out
Aku tengok pun dah kelakar game ni. Bukan apa, gaya berlawan mengikut rentak dance yang beliau selalu buat semasa perform siap dengan Bubble lagi tuhh. Cool! Game ni dibuat dalam platform game NES.


Game MJ Moonwalker
Ni ada satu lagi game dia, tak sangka lak yek. Game ni keluaran Sega. Dalam game ni, beliau kena selamatkan kanak2 dari boss yang jahat..hmm..

---------------------------------------------------------------------

Selepas beliau meninggal..


Hantu MJ?
Ada orang mendakwa ternampak bayang yang dikatakan hantu MJ yang berada di Neverland. Nak percaya pun entahla, aku pun tak pasti. Apa pendapat korang???





Michael Joseph Jackson
King Of Pop
(August 29, 1958 – June 25, 2009)

No comments:

Post a Comment

Powered By