Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, March 2, 2010

Kenali Kitaran Haid


Mengenali Kitar Haid Wanita

Apakah sebenarnya pusingan haid ini?

Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.


Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja. Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.



Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?

Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovarii mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.


Kilang pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH. Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid.


Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.



Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid?

Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita. Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya.


Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.


Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.


Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.



Apakah yang dimaksudkan dengan taqwim haid?

Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi. Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil. Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi. Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.


Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah. Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid. Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.


Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita, kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).



Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.


Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.


Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.


Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.

No comments:

Post a Comment

Powered By