PULUHAN peminat vokalis Peterpan, Ariel sanggup berhujan dihadapan Ibu Pejabat Polis Jakarta bagi melawat artis kesayangan mereka itu.
Dengan memakai baju berwarna putih, mereka juga membentangkan sepanduk 'Bebaskan Ariel' sambil menjerit jerit nama Ariel.
Peminat-peminat penyanyi bernama Nazriel Irham itu mengakui melakukan aksi tersebut tanpa desakan daripada mana-mana pihak.
"Kami melakukan ini semua tanpa dibayar atau disuruh oleh siapapun, kami adalah sahabat Ariel," ujar salah seorang daripada mereka seperti dipetik DetikHot.com.
Jelasnya lagi, ada ratusan Sahabat Peterpan iaitu panggilan kepada peminat-peminat Peterpan yang ingin mengunjungi Ariel. Namun kebanyakan mereka tidak dapat hadir kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
"Kita sangat rindu dengan Ariel," tambahnya.
Semenjak kes video lucah yang melibatkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, peminat-peminat Peterpan masih setia dan sering memberikan sokongan moral kepada Ariel.
Mereka juga membuat beberapa perhimpunan dan gerakan 'Free Ariel' di Twitter dan lain laman-laman sosial di internet.
P/s: ehhh ehhhh~ ade gak orang yang sebenar benar nya fanatik ngan si Peterporn nie yek..ala lepak lu...biar la si Ariel nie beraya dalam penjara..atleast terbayar sket ngan ape yang die lakukan huhu...kalo KL wear..makin lama di penjara makin bagus hehe..ciao
Thanks for the blog post buddy! Keep them coming...
ReplyDeletetop ragnarok