Ingin sentiasa update dengan KL wear..just drop ur email here guys..thanks:

Delivered by FeedBurner

Friday, May 21, 2010

Lady Gaga Terima Lima Anugerah di Anugerah Muzik Dunia



enyanyi Sting beraksi bersama dengan Lady Gaga semasa sambutan hari jadi ke-21 Rainforest Fund di Carnegie Hall, New York pada 13 Mei 2010. - Foto REUTERS
PENYANYI pop Lady Gaga memenangi lima anugerah di Anugerah Muzik Dunia baru-baru ini.

Pelantun lagu The Poker Face itu meraih anugerah Single Terbaik Dunia, Album Terbaik Dunia, Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia, Artis Baru Terbaik dan Artis Yang Mencapai Jualan Album Terbaik Dari Amerika.

Gaga memenangi anugerah Single Terbaik Dunia selepas mengalahkan artis hebat seperti David Guetta, Beyonce Knowles dan Black Eyed Peas.


Lady Gaga ketawa di atas pentas ketika dia menerima tiga anugerah muzik Echo sebelum konsertnya di Berlin pada 11 Mei 2010. Penyanyi itu menerima anugerah tersebut untuk Best International Female Artist, Best Single Of The Year untuk singlenya, Poker Face dan Best International Newcomer serta empat anugerah Platinum untuk jualan lebih 800,000 album. - Foto AFP
Gaga sekali lagi menewaskan Black Eyed Peas untuk menggondol anugerah Album Terbaik Dunia.

Turut bersaing untuk kategori itu ialah Susan Boyle dan Taylor Swift.

Selain itu, dia dinobatkan sebagai Artis Pop/ Rock Terbaik Dunia selepas mengalahkan Swift, Madonna dan Rihanna.

No comments:

Post a Comment

Powered By