




family, wife, husband, children, mother, even grandmother for their protection... Police department. Police Message: Coke + Ajinomoto = Can be Used To Rape Ladies |
YOU MIGHT NOT KNOW WHAT HE OR SHE MIGHT DO TO YOU. WHAT YOU SHOULD DO IS TO PUNCH YOUR PIN IN THE REVERSE, |
ENYANYI lagu Baby, Justin Bieber dikhabarkan semakin rapat dengan model popular Kim Kardashian selepas terlibat dalam satu sesi bergambar untuk majalah Elle.
Remaja berusia 16 tahun ini juga tidak mampu menyembunyikan rasa kagumnya terhadap model jelita itu.
"Saya sering berhubung dengan Kim melalui Blackberry Messenger (BBM) dan nombor telefon bimbitnya saya simpan, kami sering berbual dan berkomunikasi pada setiap saat," ujarnya.
Bieber yang tidak henti-henti memuji Kim juga mengakui bahawa Kim merupakan wanita idamannya.
"Dia benar-benar cantik. Maksud saya tiada lelaki yang menolak jika ingin digandingkan dengannya. Tentu sahaja saya tidak," ujarnya sambil tersenyum gembira.
Menurutnya selain dari cantik dan memiliki tubuh yang seksi, Kim merupakan seorang wanita yang snagat baik hai, pandai berjenaka serta mempunyai senyuman yang menawan.
"Saya tida rasa yang dia terlalu tua untuk saya. Umurnya belum lagi mencecah 40 tahun," katanya seperti dipetik Showbizspy.com.
AKTRES terkenal Hollywood Angelina Jolie, 35, (gambar) sangat bekerja keras supaya kelihatan kurus ketika melakonkan watak agen perisik dalam filem Salt.
Pasangan hidup aktor Hollywood Brad Pitt itu dikhabarkan berdiet yang sangat kuat untuk menjayakan watak Evelyn Salt dalam filem tersebut. Hasilnya, Jolie kelihatan lebih kurus daripada biasa sejak kebelakangan ini.
"Angie sangat memaksa dirinya untuk berdiet. Dia makan lima kali sehari, tapi tanpa susu atau gula," ujar salah seorang ahli keluarga Jolie menurut Showbiz Spy, Selasa.
Selain diet yang ketat, Jolie juga berlatih di gimnasium hampir setiap hari. Wanita itu dipercayai menyewa tiga jurulatih untuk membantunya.
PS: KL wear nak komen sket bout dis movie...rate yang KL wear leh bagi is 8/10 ...jalan cerita besh..ok la...orang cakap much better than The last Airbender...huhu and orang cakap The last AIrbender memang hampeh tahap gaban..erm cerita salt nie mengisah kan tentang seorang assasin Russia yang telah lama dudok di Amerika...yang telah di tugaskan untuk membunoh Presiden Russia nya sendiri..during majlis pengebumian Naib Presiden Amerika..huhu..namunn....namun apa??? u guys kene tgk la muvie nie...KL wear guarantee x nyesal :)
PASTIKAN YANG ORIGINAL YAK :D
sedikit trailer 4 u guys:
PULUHAN peminat vokalis Peterpan, Ariel sanggup berhujan dihadapan Ibu Pejabat Polis Jakarta bagi melawat artis kesayangan mereka itu.
Dengan memakai baju berwarna putih, mereka juga membentangkan sepanduk 'Bebaskan Ariel' sambil menjerit jerit nama Ariel.
Peminat-peminat penyanyi bernama Nazriel Irham itu mengakui melakukan aksi tersebut tanpa desakan daripada mana-mana pihak.
"Kami melakukan ini semua tanpa dibayar atau disuruh oleh siapapun, kami adalah sahabat Ariel," ujar salah seorang daripada mereka seperti dipetik DetikHot.com.
Jelasnya lagi, ada ratusan Sahabat Peterpan iaitu panggilan kepada peminat-peminat Peterpan yang ingin mengunjungi Ariel. Namun kebanyakan mereka tidak dapat hadir kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
"Kita sangat rindu dengan Ariel," tambahnya.
Semenjak kes video lucah yang melibatkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, peminat-peminat Peterpan masih setia dan sering memberikan sokongan moral kepada Ariel.
Mereka juga membuat beberapa perhimpunan dan gerakan 'Free Ariel' di Twitter dan lain laman-laman sosial di internet.
P/s: ehhh ehhhh~ ade gak orang yang sebenar benar nya fanatik ngan si Peterporn nie yek..ala lepak lu...biar la si Ariel nie beraya dalam penjara..atleast terbayar sket ngan ape yang die lakukan huhu...kalo KL wear..makin lama di penjara makin bagus hehe..ciao
PENYANYI Amy Winehouse memang tidak pernah berhenti dari dilaporkan dengan berita-berita sensasi.
Terbaru, dia dikatakan melakukan aksi yang dianggap sangat menjijikkan iaitu mempamerkan bahagian dada kepada rakan-rakannya.
Dia yang baru sahaja melakukan pembedahan ke atas payudara untuk kelihatan lebih berisi dan seksi. Selain itu juga, dia yang berpuas hati dengan hasil pembedahan tersebut, menunjukkan kesan-kesan pembedahan kepada rakan-rakan terdekatnya.
Perkara itu dilakukan ketika dia menghadiri acara di sebuah kelab malam di London pada Rabu lalu.
Ketika itu juga, Amy yang hadir ditemani kekasihnya, Reg Traviss telah menggunakan pakaian berwarna hitam dengan memperlihatkan belahan dada.
Dia kelihatan sangat yakin dengan penampilan barunya itu. Bagaimanapun, ramai daripada rakan-rakannya menganggap perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, malah sangat menjijikkan.
Amy yang sememangnya dikenali sebagai artis bermasalah ini baru saja heboh tentang pertengkaran antara dia dan penyanyi, Mischa Barton. Kedua-duanya dikatakan bertengkar di sebuah kelab malam ketika sedang mabuk.
P/s: Kesian plak ngan si Amy nie kan..padahal ape yg die try nak buat juz nak cantik kan diri di dpan mata org len..but rakan2 die mcm x bagi support jek..hampeh punye geng...huhu...tp ntuk KL wear si amy wine house nie dari dulu gak menjijikkan wahaha rambut bak sarang tebuan xD
nah korang nak sangat kan? :
GARA-GARA berjanji akan bermain ski air dalam keadaan bogel jika Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, penyanyi Enrique Iglesias terpaksa menunaikan janji tersebut.
Penyanyi berdarah Latin itu dikhabarkan memenuhi janjinya dengan bermain ski di sepanjang pantai Miami tanpa berpakaian.
Seperti dipetik dari Showbizspy, penyanyi itu melakukan aksi bogelnya pada Julai lalu tanpa pengetahuan media dan peminatnya. Ini kerana menurut sumber tersebut, Enrique pernah mendapat ancaman dari pihak berkuasa Miami jika dia benar-benar beraksi bogel.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Enrique tidak mahu mengulas lanjut perkara itu dengan alasan tidak menguruskan hal peribadi artis tersebut. Tetapi mereka juga tidak menafikan bahawa penyanyi Latin itu bercuti di Miami pada Julai lalu.
P/s: hah kalau dah berjanji tue kena la tunai kan? tol dak? haha tu la janji pelik2...bile dh btol2 jadi..sendiri plak ter agak2 nak buat..tp nasib bek si mamat enrique nie tunai kan gak janji dye...kalo x... sedih la rakan2 gay kita di seluruh dunia hahah LOL..btw enrique mb lagi ok kot..kalau Argentina menang? Sape nak tgk Maradonna bogel? haha ciao